January 16, 2013

OMG! Bibir Kering & Merekah..

Gatal je gigi-gigi nak gigit-gigit bibir yang kering kontang tu kan. Bukan laa kontang sangat pun, cuma agak kering dan rasa macam ada benda tajam-tajam yang tengah bemain-main kat bibir ko. Geram! Tapi bila dah gigit, rasa puas hati sebab dah gigit-gigit benda tu. Last-last rasa nyesal sangat sebab bibir pun dah mulai luka dan nak kena air pun sakit. Padan muka! Bhahahah. Ok serius. Benda ni selalu sangat jadi bila cuaca agak panas dan korang kurang nak minum air kan? Tapi betul ke semua disebabkan kurang minum air? Cuaca panas dan sebagainya? Mak aku selalu cakap banyakkan minum air, tapi kekadang sama jugak bibir kering. Tak puas hati!


Korang tau tak pasal apa bibir korang merekah ke, pecah-pecah ke atau pendek kata, KERING? Tak tahu kan? Yang dah tau tak yah nak cakap, aku tak tanya pun. Aku nak tau yang tak tau ne, tau tak kenapa? Ni, ada 1001 sebab kenapa bibir korang kering, antaranya :

  • Natural reaction korang bila rasa bibir kering apa? Mesti korang cuba untuk basahkan bibir korang semula dengan air liur kan? Ala-ala macam gaya nak guna gincu tu. Korang tau tak yang korang buat tu sebenarnya salah. Sebab apa? Saliva/ air liur ni sebenarnya akan lebih mengeringkan bibir korang.
  • Makan makanan yang terlalu masam atau manis.
  • Pencemaran dari udara dan debu.
  • Tak biasa nak guna gincu, tapi nak pakai jugak biarpun dah tau yang alergi nak guna gincu.
  • Pemilihan produk untuk bibir yang tak sesuai.
  • Kurang minun air putih.
  • Merokok ataupun selalu sangat minum kopi/ minuman beralkohol.
  • Kurang makan buah-buahan & sayur-sayuran.
  • Perubahan suhu.
Tadi aku cakap 1001 sebab kan. Haa~ aku tipu. Aku cuma tau beberapa sebab je, tak laa sampai beribu sangat pun. Ok laa, dah tau sebabnya kan? Rasanya diri korang ada tak dalam list tu? Mungkin pasal natural reaction tu betul sangat laa tu kan? Sebab aku pun buat benda yang sama jugak kalau malas sangat nak bongkar beg cari lipbalm tu.

Tadi dah cerita pasal penyebabnya, sekarang nak cerita pasal cara penyelesaiannya pulak laa. Setiap masalah, mesti nak tau cara penyelesaian terbaik kan? Sebelum tu, nak tau dulu ni. Biasanya korang nak beli lipbalm, benda first yang korang tengok dulu apa? Kalau aku, mesti laa packing. Hahah, takda kaitan ok dengan lipbalm tu ok ke tak. Tapi aku memang suka laa tengok packing barang-barang yang comeii ni. Nak pikat hati aku untuk beli barang kat kedai, senang je. Bagi je aku tengok packaging yang cute-cute. 

Ok laa. Ni ada sikit tips laa aku kongsi sikit untuk para pembaca sekalian samada yang nak komen atau tak, cara-cara nak bagi korang kurang stress sikit pasal bibir kering ni. 

Tips dari nenek moyang zaman purba kala, korang amalkan laa ye :
  • Paling penting minum 8 gelas air putih sehari. Bukan sekali minum nak 8 gelas, kang tak pasal-pasal perut ko kembung, aku tak tanggung. Jangan pulak cakap tu tips dari blog ni.
  • Guna lipbalm yang ada UV sunscreen & mosturizer.
  • Once a week, masa nak gosok gigi tu, boleh laa guna berus gigi korang sendiri, bukan berus gigi abang ke, adik ke apa. Tapi berus gigi korang sendiri. Bila bibir dah basah, cuba guna berus gigi tu untuk berus bibir korang. Slow-slow laa, jangan gelojoh sangat.
  • Yang suka sangat guna gincu terang-benderang ke apa, pendek kata, bagi semua pengguna gincu laa. Sebelum tidur, jangan lupa nak bersihkan bibir korang. Malas macam mana pun ko nak bergerak walau selangkah, ko kena dan kena jugak bersihkan. 
  • Lipbalm yang dah berusia setahun tu, tak yah guna lagi laa. Bukan nak membazir, tapi untuk kebaikan laa. Eh, takkan laa lipbalm korang dah setahun pun tak pandai habis-habis kan. Yang tu memang buat aku heran sangat.
  • Selain dari pelembap bibir, korang boleh laa gunakan butter, madu lebah ataupun Vaseline untuk dijadikan pelembap bibir. *Sebab apa aku highlightkan benda ni? Tak heran ke? Haa~ kalau nak tau, sebenarnya tu adalah kata kuncinya untuk elak bibir kering.
Now, I'm using lipbalm yang ni. Yang iklan Wawa Zainal tu. Ishh, aku malas betul laa. Psycho betul benda-benda camni. Asal benda tu ada iklan kat TV je mesti I thought that yang benda tu laa yang paling ok. Apa ke hal nya.


Comel kan, dah kecik, senang nak bawa, tapi bila beg dah semak sangat, kecik-kecik ni jugak laa yang susah nak cari. 

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment