January 14, 2013

Kekurangan Itu Kesempurnaan

Macam meyakinkan sangat tak ayat aku untuk title tu? Eleh aku tau yang ayat ni korang boleh dan pernah dengar kat mana-mana dan tak yah sebok nak fikir di mana, bila dan waktu apa korang pernah dengar ayat ni k. Teruskan je membaca. Sekurang-kurangnya korang leh dapat manfaat sikit. Sikit je laa. Aku ni bukannya graduate from Physichology pun nak psycho-psyhco orang ni. Jauh sekali untuk mind-read. 

Ok, jadi sekarang ni nak citer pasal apa ni? Oh, tengok dah lupa bila banyak sangat benda nak cakap ni. Ok, tadi nak citer pasal "Kekurangan Itu Kesempurnaan" kan. Psycho tak ayat ni? Mesti ada yang fikir nak citer pasal coupling-coupling atau pasal cintan-cintun kan. Sorry ok, section ni bukan untuk melayan perasaan jiwang korang yang tengah berkarat tu. But section ni adalah untuk self-motivation. So, sesiapa yang nak kena kaunseling self-motivation je boleh luangkan masa baca section ni. Cehh, tak laa. Unlimited pun, even adik-adik yang masih hisap susu botol pun leh baca. 

Aku tak tau laa kenapa otak aku ligat sangat berfikir malam ni. Dah macam brainstorming untuk grand project what-so-ever laa aku rasa. Tapi bebenda ni akan terus menghantui aku laa bila aku tak dapat nak explainkan. Kalau aku explain kat boyfriend aku, mesti dia pun mengantuk nak dengar. Kalau aku explain kat Facebook. Giler ke apa nak tulis post panjang-panjang camni. Jadi blog adalah pilihan terakhir. Kesian ko blog. Bukan jadi first choice laa ko ye. Eh, sapa kata.. Jangan ambil peduli kata-kata tadi tu ye.

KEKURANGAN
Korang pernah rasa kekuranggan tak? Yang tak faham bahasa melayu, dalam English 'lacking' not 'leaking' ok. Pernah tak? Tak kira laa dari segi apa pun. Mesti ada yang berpendapat dia tak cantik laa, tak pandai laa, otak lembap sangat macam kura-kura, diri tak seberapa nak gorgeous dan yang sewaktu dengannya laa. Bila ada perasaan camni mesti timbul jugak perasaan rendah diri dan hilang self-confidence kan? Seriously. Lacking in something ni kekadang akan mempengaruhi faktor-faktor lain jugak tau. So, camne korang handle benda nih? Ada yang terasa nak share something tak? Kalau ada, boleh arr share sikit.

Rasa diri korang tak cantik?
Ok, seriously. I will not talk bad about others here ok. Dan benda-benda yang aku cakap ni takda kena mengena dengan sesiapa pun. Pernah tak rasa kekurangan yang camni? Bila nampak gambar pempuan lain kat magazine ke apa, rasa diri korang tak setanding dia. Tak secantik dia. Apa yang korang pakai tak selawa dia, se'branded' yang dia pakai or whatever laa. Haa~ mesti ni ramai yang berlaku di kalangan kaum pempuan laa. Sebab pempuan, keinginannya memang sangat, sangat tinggi. I admit that yang aku sendiri pun camtu. Tapi tak laa sanggup-sanggup on-the-spot nampak benda tu, on-the-spot jugak nak beli. 

Well, pakaian or kecantikan or branded-looks ni takkan membawa apa-apa efek negatif pun untuk diri korang ok, yang rasa terancam sangat tu, memang kronik laa. Tu memang tahap 'shopaholic' tersangat laa tu. Eh, biar laa orang kata fesyen ko out-of-date ke apa. Dorang siapa nak judge apa ko pakai kan? Ingat semua fashion tu up-to-date ke? Tak semua ok. Contohnya macam skirt vintage style yang besar-besar dan labuh laa bagai tu, zaman aku sekolah rendah dulu pun dah ada tau. High-waisted jeans or flat yang jadi trendy sekarang, masa aku kecik-kecik dulu pun ada laa~ Cuma yang bezanya bebenda ni dah di'refresh' and 'renew' ikut trend semasa. So, don't worry laa. Kalau tak pernah ada orang nak cakap ko cantik takpe. Aku suggest, ko rakam suara ko dalam phone, cakap laa "Hey, beautiful! I Love You.." Kan senang. Use as a ringtone, sure tiap masa ko dengar pujian untuk diri ko sendiri. Ngee~

Rasa diri kurang pandai?
Bila nampak rakan sebaya yang berjaya dan kehidupan dorang lebih senang, dorang lebih pandai dan dorang dapat melanjutkan pelajaran ke tempat lain, overseas bagai, kekadang ni akan buat korang rasa yang korang tak sehebat dorang kan? Alaa~ rilek laa. Pandai pun, tapi tak jaga akhlak dan sikap, tak guna jugak kan. Pemikiran cetek dan kekadang lagak macam dia yang paling genius laa kononnya. Sekurang-kurangnya, kalau ko jenis kurang cerdik. Tuhan dah rancang something yang lebih baik untuk ko kan. So, rilek laa... Takda hal pun. Ianya takkan menyebabkan ko kena Insomnia ke apa k. 

Lain-lain hal..
Kekurangan ni tak merangkumi benda yang aku cakap tadi je tau. Dia merangkumi banyak hal sebenarnya. Tapi aku je yang malas nak hurai sangat. Mula dah mengantuk mata nih. Kekurangan nih sebenarnya ada dalam pelbagai aspek. Ecehh! Aku guna ayat yang jarang-jarang aku pakai laa. Aspek gitu. Okei, lain-lain hal tu korang boleh fikir sendiri laa. Mana yang korang rasa orang lain ada, ko takda, tu maknanya kekurangan laa tu.

KESEMPURNAAN
Haaa~ yang paling last ni pasal kesempurnaan laa. Yang hidup sederhana, tak susah sangat but tak jugak laa senang sangat, jangan laa tak tau nak bersyukur pulak. Setiap benda yang kita ada dan takda ada hikmahnya. Jadi jangan salah anggap dan fikirkan yang dunia ni tak adil dengan korang. Cuba fikir pasal kekurangan tadi. Aku boleh explainkan ikut kefahaman aku sendiri pasal kekurangan dan kesempurnaan ni.

  • Kalau semua orang dah pandai, siapa nak jadi pelajar, dan siapa laa yang akan jadi cikgu kan.
  • Kalau semua orang bijak, mesti banyak persaingan idea dan teknologi dan mungkin lebih teruk dari sekarang ni kan?
  • Kalau semua orang jadi baik, mesti takda orang jahat, bila takda orang jahat, polis pun takda laa. Sebab nak buat apa jugak kalau semua orang baik. 
  • Kalau semua orang dah kaya, siapa nak jadi pekerja dan siapa nak jadi bos? Sebab bila kaya, semua pun nak jadi bos kan. 
  • Kalau semua nak jadi artis, siapa pulak nak jadi pendengar dan penonton kan. Okei, explanation yang satu ni out-of-topic dan boleh laa abaikan.
So, adil tak? Sempurna tak semua ni? Masing-masing saling melengkapi kan? Tapi jangan laa pulak consistent nak berada di tempat yang korang berada sekarang tanpa ada sebarang inisiatif untuk berubah. Tu kena motivate yourself laa nak terus kekal or nak maju kan. ^__^


♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.