January 14, 2013

Kenapa kita perlu tahu bahasa & loghat asing?

Pernah tak korang rasa stressful sangat bila jumpa dengan tourist, I mean not only yang talked common english laa. Tapi contohnya tourist from France, Amsterdam, Britain, China and Korea dan pelbagai lagi ok. Stress bukan pasal dorang mat salleh and u are like a dumb yang tak tahu apa benda yang dorang sebok sangat nak discuss tu, tapi sebab korang tak faham apa yang dia cakap. Pernah tak? Pernah tak? 


Bila dah bengang pasal benda nih, pernah tak korang terfikir untuk belajar bahasa-bahasa asing ni? Bukannya belajar bahasa asing ni terus nak jadi makhluk asing kat bumi Malaysia ni k.. Tapi belajar benda nih untuk kebaikan jugak. Mana laa tau one day korang akan pergi tempat doarng jugak. Tak ke sesat ko tengah-tengah town gara-gara malu bertanya dan tak faham bahasa pertuturan dorang. 

Ok, sebagai contoh laa, kat Malaysia ni. Korang perlu jugak belajar loghat dari negeri lain kan. Dah Malaysia ni ada pelbagai bangsa dan budaya, kena jugak laa korang faham sikit-sikit kan. Kalau tak faham, nanti ko hanya akan angguk dan senyum. Belagak ko ye. Buat-buat faham, walhal sepatah haram pun ko tak faham.

Jangan laa racist sangat. Dah macam dalam troll aku nengok. Bukannya ko dok kat Selangor, Perlis, Kelantan, Sabah, Negeri Sembilan ke atau mana-mana yang masih tergolong dalam Malaysia ni, ko kena faham bahasa dan loghat setempat ko je. Jangan laa nak ego sangat. Ko belajar loghat dan bahasa dorang, bukan bermakna ko totally akan jadi macam dorang jugak. Tolong laa ye, jangan poyo dan belagak sangat. Eh, apasal aku ni? Cool laa, ni tengah typing je. Nanti tak pasal-pasal merana keyboard aku kena hentak jari-jemari yang tengah dipengaruhi emosi ni. Hee~

Ok laa, baru-baru ni masa aku on the way nak balik ke Labuan, kat sebelah aku ni ada sorang pakcik yang sebaya daddy aku laa. Dia naik bas tu dengan dua orang lagi kawan dia. Jadi semuanya tiga orang laa kan. Ok, then dia mula laa bertanya. Dan baru aku tau yang rupanya dia baru first time datang ke Sabah. Well, ni kira tourist laa nih. Aku pun bagi keluar sikit laa skill-skill trevel guide yang aku belajar dari sorang kawan ni. Walhal, tak semua tempat dan benda aku tau k. Dia tanya macam-macam dan aku cuba explain yang aku tau je laa. Yang tak tau tu aku honestly cakap yang aku tak pasti. By the way, dia guna loghat Kelantan. Hai, orang Kelantan. Nice to meet you ^__^

Aku memang tak berapa nak faham cara pakcik tu cakap sebab agak tak jelas and like kelam-kabut but I tend and try to understand it biarpun aku tak faham sangat and sikit-sikit tu aku catch-up laa apa yang dia cuba nak sampaikan. So, pendek kata, kita belajar loghat dan bahasa orang lain, orang lain pun akan cuba faham dan belajar bahasa kita. Tak ke harmoni kalau camtu berbanding dengan sikap yang racist sangat. Hinggakan nak kutuk bahasa orang lain. Tak baik laa camtu. Kalau bahasa asing macam Korea laa bagai korang berabis nak belajar, kenapa tak bahasa dengan loghat kat negara sendiri dulu. Sorry, aku jugak bukan nak racist sangat dengan Korea ok. Korea pun ok apa.

Tapi ada jugak yang kata, "tak payah laa nak belajar bahasa asing ni, baik belajar bahasa sendiri". Well, yang ni ada betulnya jugak, tapi ada tak betulnya jugak. Senang citer, 50/50 laa kan. Macam Jepun dan Korea, dorang memang agak mengagungkan bahasa kebangsaan dorang kan? Tak payah dok tanya lagi apa bahasa kebangsaan dorang k. Kalau ada yang tanya lagi, tepuk dada, tampar pipi dan fikir sendiri. Aku tak tau ko berada di tahap kecelaruan minda yang keberapa sampai benda remeh camni pun tak tau. Ok, tak salah sebenarnya, tapi sekurang-kurangnya kita tau jugak beberapa bahasa asing ni. Sebab apa, bila korang nak melancong pergi mana-mana ke, senang sikit nak communicate kan. Contoh laa, ko faham bahasa melayu je, pastu ada hati nak pergi oversea, ko rasa ko cakap melayu, orang putih ke apa faham tak apa ko cakap? Tak ke sampai keluar segala kamus dewan bahasa dan translator dorang nanti untuk translate apa benda yang ko cakap. Dan perlu ingat jugak, tak semua peranti pintar tu pintar. Haa~ kang ko nak translate lain, tapi yang kena translate lain, tak ke bengang dorang jadinya. So, fikir-fikirkan yea.

Wahh, rasanya entri aku kali ni dah boleh buat karangan SPM punya. Sure dapat markah lebih, cehh.. Aku cakap camni bukan laa nak belagak aku ni terer sangat laa kononnya, but cuba nak belajar lagipun otak aku ni mungkin agak pelik sikit malam ni sebab dia mulai laa nak fikir benda-benda pelik dan mendalam camni. Tu je laa untuk kali ni, harap yang baik dapat laa jadikan teladan, yang tak baik, tak yah simpan. Nanti basi je dalam otak korang. Goodnite ^___^


♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.