November 16, 2012

Travelogue♥ ::Tenom & Keningau (Part II)

Assalammualaikum...

Semalam dah cerita pasal trip to Tenom kan. Sekarang nak cerita pasal trip ke Keningau pula. Perjalanan yang memang memenatkan. Walhal, kena naik kereta jugak pun. Jauh jugak nak jalan dari rumah kazen aku tu ke perhentian bas. Macam nak daki Gunung Kinabalu jugak rasanya. Cantik kan tempatnya.


Plan awal pagi tu nak jalan-jalan jap kat Tamu Tenom tapi, memandangkan dah lewat, terpaksa batalkan je niat tu. Si dia datang ambik dan terus drive to Keningau. Naik bas dari sana je, dapat gak melawat Keningau jap. Cuaca agak mendung jugak laa dan macam biasa, kalau aku terjumpa dengan dia je, memang tak habis-habis berdebat itu ini. Macam-macam hal boleh didebatkan. Kiranya nak singgah jap kat Murut Cultural Village tu tapi memandangkan nak kejar masa, kitorang cuma masuk kat entrance gate je, lepas tu turn back.

Sampai je kat Keningau, aku terus je nak ke Riza Bistro. Ne salah satu restoran yang memang tip-top laa food & beverages-nya. Sehinggakan kalau aku nak pegi sini, mesti aku akan order 2 jenis makanan. Ok, nak guide sikit ea, restoran ne terletak dekat Pasar Malam Keningau yang berdepan dengan tempat parking bas Keningau Express. Tak jauh pun, jadi kalau takut tertinggal bas, makan je kat sini. Dekat je nak jalan.

Kalau jalan dari Keningau nak ke Kota Kinabalu ne memang best laa.. Sepanjang perjalanan nampak bukit-bukau je. Udara pun masih fresh. Kurang pencemaran kan. But one thing that I really loved is the fog. Macam aku nak je keluarkan tangan untuk merasa kabus-kabus tu. **Padahal ianya macam asap je pun tapi entah apasal aku addicted sangat dengan benda ne**. 

Cantiknya.....^_^

Gambor Teluk Likas dari Banjaran Crocker agaknya.. Huuu~
source : Google

Rehat sehari di hostel dan sambung perjalanan balik ke Labuan pulak. Masa kat Labuan tak ada benda best laa nak share sangat. Duduk kat rumah je, bajet budak baik. Keluar pun masa malam Awal Muharram tu. Ikut solat jemaah dan baca doa untuk awal tahun di surau. Tu je laa. Hari selainnya, duduk rumah, sambung buat assignment 2D Animation tu and advertisement yang nak kena submit next week. 

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment