November 15, 2012

Travelogue♥ ::Tenom & Keningau (Part I)

Assalammualaikum..

Wahh, last update seminggu lalu. Rindu pula aku nak date dengan Mr.Blog ne. Cuti kali ne serentak pulak ye, Deepavali dan selang sehari tu Awal Muharram. Tau tak Awal Muharram ne apa? Hah, bagi umat Islam, Awal Muharram ne tahun baru Hijrah. Macam tahun baru laa, tapi bukan disambut dengan pesta-pesta, tapi disambut dengan solat dan bacaan doa. 

Biasanya aku akan habiskan cuti masa ne kat Labuan je, tapi kali ne aku berkesempatan jugak pegi travel jap. Dalam Sabah jugak laa. Dah tua-tua macam ne, tempat sendiri pun tak habis lagi nak jelajah. Banyak lagi tempat yang aku belum pegi kat Sabah ne. Rasa agak rugi jugak laa sebab Sabah ne memang cantik dan kaya dengan khazanah alam semulajadinya. Macam aku cakap kat entri lepas, aku nak update pasal cuti ne kan? Ok laa, start last Friday, aku dah bertolak ke Tenom, pegi rumah kazen. Tapi kali ne aku tak pegi sorang, bekas housemate aku ikut sekali. Nak jugak merasa 'durian free' katanya. Emm, tak sabat nak sampai sana. 

Lebih kurang 3 jam laa jugak perjalanan dari KK ke Tenom tu, tapi bas tu ada singgah kat Keningau jugak. Bagi kawan aku yang belum pernah jejak kaki ke Keningau tu, memang agak terpegun dengan keadaan di sana. Yelah, dari atas Banjaran Crocker pun dah nampak Keningau ne letak macam tengah lembah. Memang cantik laa. Kalau aku ne memang dah kebal sangat. Takat perjalanan 3 jam ne, masih ok lagi. Tak mabuk or loya pun.**Cehh, mulalah nak mengada**. Kawan aku yang sorang ne pulak, awal-awal lagi dah telan ubat mabuk. Takut mabuk jalan nanti. Awal lagi dia dah tido.

Sampai kat tempat yang dituju, nak cari bas pegi rumah kazen aku pulak lagi satu hal. Bas pergi sana terhad rupanya. Kazen aku tu tinggal kat LIGS (Lembaga Industri Getah Sabah) Tenom. Memang agak jauh dari pekan, tapi view kat sana pergghh... Memang tak setanding bandar laa sebab kat sana memang fresh dengan bukit-bukau. Macam kawasan yang belum diterokai lagi. Mesti ada yang komplen, 'malas laa nak pegi tempat-tempat macam ne. Banyak nyamuk, takde line coverage, takde tempat siok' dan macam-macam lagi laa.. 

Huh, rugi laa bagi orang-orang yang macam ne. Tempat-tempat macam ne laa sebenarnya tempat yang korang boleh nikmati dan hayati semua keindahan ciptaan Tuhan tu. Kalau kat bandar je, memang korang cuma akan kagum dengan bangunan-bangunan besar. Tapi, semua tu cuma ciptaan manusia. Tak setanding dengan ciptaan semulajadi. **Alamak, dah panjang lebar dah penjelasan aku.. Hehehe**

Haa~ nak tengok tak macam mana keadaan kat Tenom ne? Oklah, sebenar-benarnya, masa nak pergi sini tu aku ne excited sangat sampai tak sempat nak keluarkan kamera. Dah tu, masa dah sampai tu, aku ne dah bingung nak cari bas. Tak sempat laa nak posing sana, posing sini. Tapi gambar ne aku dapat dari Google. Pekan Tenom. Lebih kurang gak laa dengan pemandangan yang latest tu.

tenom-town-copy1 
source: Google 

Bagi yang memang nak tengok bandar Tenom ne macam mana, aku suggest korang untuk check-in je kat Hotel Perkasa, cause this hotel is situated high on the hill over looking the town. Memang sangat-sangat strategik. Tak percaya, boleh try datang sendiri ke Tenom ye. Kalau korang tengok dari hotel ne, pemandangan yang korang akan nampak, macam ne laa. Macam kat lembah je Tenom ne kan.
 
source: Google

Dah sampai tu, perjalanan ke rumah kazen aku ambik masa 30 minit lagi sebab dah aku mention awal-awal kan yang tempat dia ne jauh dari pekan. Kami sampai dekat-dekat jam 5.30pm laa camtu dan memang dah mulai nak sejuk dah. Aku teringat macam kat Kundasang laa pulak. Belum sampai setengah jam duduk, mak cik aku dah hidangkan dua pinggan durian. Walaa~ macam mana nak elak ne?? Haa~ makan je. **Walhal aku tak nak makan konon kalau dah malam-malam, tunggu esok pagi je. Tengok sendiri dah tak leh tahan nak makan. Heheh..** Disebabkan dah excited sangat nak makan, tak sempat laa nak ambik gambar. Orang dah lapar ok. 

Next day, kitorang just duduk kat rumah dan sembang-sembang. Melawak bagai. Sometimes ada part lucu dan kadang ada part yang serius. Plan semalam nak pegi jalan-jalan hari ne, tapi cuaca tak nak bagi chance pulak. Awal pagi dah hujan. Al-maklumlah, sekarang pun dah masuk musim tengkujuh.

View dari belakang rumah.. Sejuk je mata tengok daun-daun hijau ne..

Ok, benda yang paling femes kat Tenom pulak ialah Kopi Yit Foh atau lebih dikenali dengan nama Kopi Tenom. Memang femes betul kopi ne, terasa betul-betul kopi laa. Bagi siapa yang belum rasa kopi ne, datang laa ke Tenom dan feel sendiri aroma kopi ne. Memang berbeza dari yang lain. Yang dapat bagi pendapat macam ne hanya laa bagi orang-orang yang addicted dengan coffee. **Eh, betul ke? Hmm, betul laa.. Kalau orang yang jenis lantak laa minum apa pun memang tak tau nak nilai laa.**

 
source: Google

Sehari je aku kat Tenom. The next day dah nak balik sebab aku nak balik ke Labuan lagi. Plan awal-awal tu nak jalan-jalan ke Taman Pertanian Tenom, Tugu Antanom & Murut Cultural Village. Tapi, bas pulak lambat. 3 jam kitorang tunggu, last-last boyfriend aku yang datang ambik. Jauh gak dia drive, dari Keningau. Tapi untung gak laa. Dia ambik, dapat laa jalan-jalan kat Keningau lagi jap. Next post akan citer pasal Keningau pulak... ^_^

 ♥kieyuka-hanie♥

2 comments:

  1. Asalam best juga blog anda ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam….
      Terima kasih sebab side singgah… :))

      Delete