November 14, 2012

Status FaceBook vs Experience Aku

Hari ne bila tengok updated status Facebook friends, banyak yang update pasal keputusan SPA Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang sepatutnya keluar hari ne, tapi terpaksa ditunda ke 26 November 2011 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 

Sabor yea adik-adik. Jangan berharap sangat, nanti apa yang diharap tak dapat, yang digendong berciciran. Eh, betul ke peribahasa aku ne? Aku main hentam je ne. 

Alang-alang dah citer pasal ne, baik aku kongsi sedikit laa. Sekadar nak share pengalaman, sebab majoriti yang pergi interview hari tu mesti yang masih fresh school graduate kan? Tapi, masa dah apply UPU, then dapat panggilan temuduga. Tapi bila dah lepas temuduga, dapat pulak panggilan masuk U, Form 6, IKBN, ILP, Poli, Matrix and sowhatever laa. Mesti confused kan? Nak pilih mana satu ni, tunggu result SPA keluar atau pergi je masuk mana-mana panggilan sambung belajar tu. 

It's so difficult to decide ok, lebih-lebih lagi bila benda tu melibatkan masa depan korang kan. Aku pun pernah feel benda yang sama masa dalam usia-usia fresh graduate ne. Masa tu, aku baru je lepas dapat result SPM. Tak ler terOk mana pun result aku. Takat 5A 4B, dapat jugak kalau nak apply masuk Maktab Perguruan, tapi aku je yang tak nak. Reason utama, malas nak jadi cikgu. Fening nak handle student laa bagai. 

Lepas dapat result SPM tu, aku terus update form SPA aku sebab yelaa, nak apply tu mesti ada result SPM dulu kan. Dalam masa yang sama, aku memang dah apply UPU dari time Form 5 lagi. So, lepas je bebenda isi form semua ne, dalam bulan April camtu dapat laa bermacam interview. Masuk UiTM, interview SPA dan bla bla bla. Semua dalam masa yang sama so, bila dah keluar result, memang confused nak decide. 

Result untuk masuk U keluar lebih awal dari result SPA. Bila dapat result masuk U tu memang dah dua hati. Nak pergi atau tak. First thing, aku dapat tawaran ke UiTM Samarahan dalam Fakulti Seni Lukis & Seni Reka. Aku ne dah laa tak pernah dok jauh dari family. Memang susah aku nak decide. So, at last, tunggu result SPA tu. Tapi bila dah keluar, tak dapat pulak. Memang desperate giler aku time tu. Dah laa melepas nak masuk U, SPA tu pun tak dapat. So, dengan hati yang kecewa, walaaa~ emosi dah konon.... Aku pun teruskan kerja aku sebagai Health Sales Assistant tu. 

Lepas je dari semua tu, aku start buat planning. Aku apply masuk kolej swasta. Eh, apasal aku nak masuk IPTS ne? Bukankah IPTA tu berlambak, tinggal aku nak apply je. Apa nak buat laa, masa tu aku memang dah addicted giler dengan seni ne. Nak masuk mana pun aku tak tahu. Search punya search, jumpa laa satu kolej ne. Letak pun kat Kota Kinabalu je, senang aku nak balik. So, sekarang aku dah dalam Sem 6 bersamaan Tahun 2 dalam Fakulti Seni Lukis & Seni Reka kat sini. Semuanya masih berjalan lancar. Walaupun sampai sekarang aku masih dapat panggilan SPA tu, aku tak lepaskan lagi apa yang aku dah ada sekarang.

So, pengajarannya adik-adik, kalau korang dah dalam situasi macam ne, bila dapat tawaran U ke apa, masuk je. Sebab, kalau nak tunggu SPA ne, memang kekadang amat mengecewakan. Pendek kata, jangan terlalu berharap laa ye dengan benda-benda camni. Bergantung pada nasib jugak. Kadang-kadang ada yang sekali pergi dah dapat dan ada yang banyak kali dah pergi tak dapat-dapat. Macam aku ne laa. Heeih~ Tapi, kalau pun korang tak dapat apa yang korang hajatkan tu, jangan pernah menyesal atau kecewa nak mampus. Ada hikmah di sebalik semuanya kan. So, salam beramal. Walaaa~ dah macam Datuk Fadzilah Kamsah!

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment