September 2, 2015

#Reading, #Attitude & #Lifestyle

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Typical human being. Biasanya 90% daripada orang yang aku kenal, tak suka membaca. Unless baca novel cinta. Zaman novel cinta aku pula ialah, time aku duk Form 3. Ni kononnye masih hangat membayangkan cinta kera! Buellkkk. Lepas Form 4, aku dah kurang minat dengan hobi2 membaca ni. Aku prefer to conteng dinding sekolah. Eh, bukan vandalisme tau. Aku menyumbang karya dengan kawan2. Maklum laa, dah senior. Kononnye ada laa benda yang nak dijadikan memorial kat sekolah tu. 

Tapi, sejak menjadi orang dewasa ni. I meant dah masuk umur 20-an ni laa. Baru laa mula minat balik bab2 membaca. Mostly aku suka beli buku yang jadi trend. Tak pun, aku pi kedai buku, tengok buku apa jadi best seller, pasti mula laa berhajat nak beli buku tu. Mostly sekarang, buku dia lebih kepada random writing, macam cerita Mat Luthfi, DIAGNOSIS, dan Chicken Soup For The Soul. Sejak bila aku jadi ulat buku balik nih?

Dulu masa aku kecik2, zaman budak darjah, aku memang suke giler nak membaca. Mungkin sebab masih budak2 kan, macam2 benda nak tau. Aku siap jadi pengawas pusat sumber bagai, sebab nak baca buku cerita dongeng kat library sekolah. Sampaikan kalau ke kedai buku (biasanya parents bawak gi kedai buku bila dah nak dekat2 exam) aku lebih suka pegi tempat buku ensiklopedia kanak-kanak. Suka tengok buku tu sebab nak sangat tau, bulan tu memang ikut kita ke, atau kita yang ikut bulan? Pastu terfikir gak kenapa pokok limau aku tanam dalam pasu bunga mak aku, daun dia asyik botak je kena makan ulat? Ulat tu nak apa sebenarnya? Tu dulu laa punye citer. Sebab zaman aku dulu, Darjah 1-3 takde belajar Sains lagi. Lain laa budak sekarang, Darjah 3 dah pegang iPhone. Kau hade??

Naik sekolah menengah pulak, aku suke giler baca buku Enid Blyton. Hampir setiap keluaran buku dia aku baca. Biasa aku pinjam je kat library sekolah tiap minggu. Budak sekolah dik, tak mampu lagi nak beli. Buku Enid Blyton tu tebal, tapi cerita dia best. Selain baca cerita, aku perasan gak English aku improve sikit laa since aku baca buku tu. Mak bapak aku orang Malaysia kot. We talked random Malay at home, jadi bila nak cakap omputih tu berbelit2 gak lidah. But writing takda hal.

Dah sambung belajar Diploma dulu, dah kurang laa aku bab2 nak membaca ni. Tapi kekadang aku beli gak buku, tapi tak baca. Sebab course Dip. aku tu lebih kepada praktikal. So, bab2 teori ni aku jadi malas. Sebab tu kot aku tak leh masuk Medic. Haha. Hajat nak jadi M.A terpaksa dikuburkan sebab, kalau aku baca buku, mesti jadi buku yang baca aku, aku tido! 

Sekarang pula, since dah macam2 jenis buku ada, Sampaikan yang buku author omputih pun ada versi BM, mula laa aku nak baca balik. Selain tu, penggunaan font dalam buku tu jugak mempengaruhi minat aku, juga ilustrasi. See? Graphic designer memainkan peranan penting dalam bab ni. So far, feveret books aku, buku dari Dr.Anwar Fazal, husband blogger Dr.Fatin Liyana. DIAGNOSIS I & II. Buku dia best, lebih kepada penekanan hidup dan amalan. Kadang life dorang dengan hospital buat aku rasa jeles sikit sebab dari dulu tak belajar amik medic. Memang ada hikmah kot, sebab aku ni kuat tido! Haha.

Tapi kan, aku rasa laa, kalau sekarang ni, rasanya budak2 lagi laa yang masih alert bab certain signs di jalanan ke, atau mana2 je laa. Budak kan suka memerhati. Bila aku perhati perangai budak2 yang aku jumpa dengan parents dorang. Budak2 lebih suka baca sign/signboards yang ada di sekeliling mereka. Apa yang aku perasan laa, attitude budak2 umur 3-5 tahun ni, depends dengan apa yang dorang terima masa dorang membesar dalam tempoh tu. 

Contoh paling senang, masa aku tengah bertugas, ada laa seorang mak ni datang kaunter dengan mak dia. Aku rasa mak dia ni memang dah frequently berurusan di kaunter. Masa tu mak dia tengah pegang phone, balas wassap/ tengok FB agaknya. Expectation aku laa. Tiba2 anak dia ni baca signs yang ada depan kaunter aku tu. "No Phone Allowed". Anak dia pun tarik baju mak dia sambil tunjuk sign tu kat mak dia. Tapi mak dia buat tak endah. Boleh pulak dia selamba camtu? Kena kat kaunter aku, memang aku tegur terus laa dengan muka tak senyum. Ko boleh bayang tak? Signboard besar kot kat depan, dah tu bila kita tegur, nak masam muka kat kita pulak. Hishh. Budak kecik pun boleh perasan, inikan pulak orang dewasa. 

Kalau yang aku tengok pula, kalau mak dia dah respon camtu kat anak dia. Mesti budak tu dah mindset, oh.. buat benda ni tak salah. Sama jugak macam buang sampah, kalau dah parents yang buat hara dulu, pastu anak dorang tiru, memang salah parents laa. Parents play the main roles to educate their own children. Bukan hanya cikgu di sekolah. Ni bila anak perangai camtu camni, sibuk nak salahkan pihak lain. Kalau parents boleh interprete any signs around them, apply it to educate their children kan senang. Macam, kat tempat ni tak boleh buat camtu, buat camni. Easy. Kalau semua boleh buat camtu, aku rasa dah memang educated laa generasi lepas ni. Senang, common sense je pun. (^-<)

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment