June 4, 2015

Women & Secure, Hi My Guardian Angel..!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Lately, kita selalu dengar kes ragut laa, samun laa. Eishh. Buat kita takut jugak nak keluar rumah sendiri even naik kereta sekalipun. Benda macam ni kat mana2 boleh jadi. Dekat rumah sendiri pun tak mustahil boleh jadi. So, we as girls/ woman mesti selalu aware dengan keadaan sekeliling. Apa lagi kalau nak jalan sendiri, pegi tempat parking kereta ke, keluar dari kereta, kat stesen minyak. Pendek kata every single steps kena aware with your surrounding. 

Mesti biasa dengar pasal kaum hawa selalu kena ragut kan? Samun laa. Bukan pempuan je, lelaki pun ada jugak. Zaman sekarang ni, penjenayah dah tak kira orang laa. Even lelaki, pempuan, orang awam, penjawat awam, dorang macam dah tak kisah. Dah desperate sangat. So, kita laa yang kena selalu peka. Macam dady aku, bila aku cakap nak keluar rumah je, dah banyak laa sms pesanan dia send kat aku. Yelaa, risau laa kan. Anak pempuan dok jauh camni, siapa tak risau.

Hari tu aku tengah scroll2 page Groupon Website. Kononnye nak usha2 laa apa benda yang best dalam Groupon ni. Kawan aku sibuk cerita pasal website ni hari tu sebab dia ada beli barang online dari website ni. Dia jugak kaki shopping online macam aku. Tapi aku dah jarang sikit laa nak shopping online. Dah budgeting kononnye. Nak kumpul duit kawin. Bhahahaha.

So, aku jumpe laa satu Protection Kit ni. Dalam kit ni ada dua benda, pepper spray dengan guardian angel alarm. Dua benda ni kecik je, boleh laa nak sangkut kat beg, phone, purse atau simpan dalam poket seluar lagi senang. So, kalau bawak benda ni memang orang takkan perasan pun. Especially yang alarm tu, nampak macam keychain je.

Parcel from SkyNet. Yeahh.. Rasa macam dapat hadiah dari boyfren je. Hahaha.

Yang dalam packaging tu mini alarm, dan yang sebelah tu pepper spray.

Pepper spray ni mahal giler kot. Hari tu aku ada jumpe kat kedai buku. Satu botol pepper spray je dah dalam RM30+ tu tak campur alarm lagi. Yang ni aku beli kat Groupon, in one set, only worth RM28.90.

Mini alarm ni bentuk macam keychain je. Boleh laa gantung kat beg atau kunci kereta ke.


Benda ni akan mengeluarkan satu bunyi yang kuat bila kita tarik benda kat bawah ni. Nyaring giler bunyi. Meskipun aku tak dapat mini alarm ni kaler pink, sebab dalam order aku kaler pink, bila dapat kaler biru, mungkin dah habis stok kot. Tapi, terima kasih laa jugak sebab dia comel macam burung Twitter. :)

The other one ni pepper spray. Biasanya letak dalam poket seluar je laa, senang nak amik.

Dua benda ni pun bukan untuk pempuan je tau. Orang lelaki pun boleh pakai. Yelaa, dah kes sekarang tak kira laa pempuan ke lelaki. Semua kena alert tau. So, better you buy something like this for your own protection. Simply things brings a big benefit. Kena tau tu. 

Say Hello to the new travel partners... :)

 ♥kieyuka-hanie♥

3 comments: