August 28, 2013

Cereal Roll in 10 Seconds..

Terkejut tak dengan kenyataan ni? 10 seconds tu belum masuk kos nak goreng dan buat serbuknya lagi. Yang tu cuma anggaran masa untuk sebiji je. Korang nak makan jugak ke kalau sebiji je? Mesti nak banyak2 kan. Kalau yang ni, aku rasa, satu balang pun tak cukup. Nak kunyah memang senang, cuba buat dulu. Mungkin jugak ada yang sampai tetido menggulung benda ni.

So, entry tak payah panjang sangat. Benda ni pun tak sesukar Almond London, tak ambil masa yang lama macam lemang, cuma masa nak gulung tu je laa lama sikit. Orang Malaysia panggil benda ni Batang Buruk. Tapi yang ni aku bagi nama Cereal Roll sebab serbuk tu guna bahan lain. Bukan Tepung Kacang Hijau yang biasanya diguna untuk Batang Buruk tu. 

Bahan-bahan :
1 bungkus kulit popiah
3 biji telur (cuma gunakan kuning telur)
1 bungkus bijiran Nestum (juga boleh digantikan dengan Cornflakes ikut kesesuaiaan korang)
1 cawan gula pasir

Cara nak buat :
  1. Mula-mula, kena pecahkan telur dan ambil kuningnya je. Yang ni sebenarnya untuk dijadikan 'gam'. Sebab apa, agak mustahil laa nak lekatkan kulit popiah tu guna gam air kan. Ok, kuning teluar memang orang biasa guna sebagai 'gam' kalau nak buat-buat kuih ni. Pastu kacau ala-ala chef. ^__^
  2. Pastu kena potong2 kulit popiah tadi. Kalau aku buat, 1 bungkus yang besar (50 kpg) tu leh dapat dalam 1,250 biji. Amboi, siap calculate lagi. Ok, tu kalau korang potong 5x5 laa. Faham kan? Takkan aku kena tunjuk jugak.
  3. Lepas tu gulung2 laa kulit popiah tadi dan lekatkan guna kuning telur tadi. Jangan lupa tutup guna tuala basah kepingan kulit popiah yang belum digunakan supaya tak kering.
  4. Ok, dah siap semua. Goreng. Tapi, jangan sampai hangus. Tak sedap laa kan.

Cara buat serbuk :
  1. Kisar serbuk Nestum tadi. Tak yah kisar sampai habiskan sebungkus tu. Agak2 je.
  2. Jangan lupa, gula pasir pun kena kisar jugak sampai halus.
  3. Pastu gaulkan gula pasir dan serbuk Nestum tadi. Jangan tuang gula tu sekali. Tambah sikit2 sampai rasa tu dah ok. So, kena tambah sikit. Rasa sikit. Kalau kurang, tambah lagi laa kan. Tambah, dan tambah lagi. Tapi jangan lebih2 sangat. Nanti kena diabetis.
So, ini laa hasilnya! Senang kan. Selamat mencuba untuk Raya Haji nanti. :)

Thanks for visit.. ^__^v


♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment