May 22, 2013

School Break, bukan Prison Break..

Cuti datang lagi yea adik2.. Mesti dah banyak planning korang kan? Nak bercuti ke sana, ke mari, terbang ke sana sini ala-ala wondergirls. Nak buat tu, nak buat ni, hangout dengan member, sembang dan gelak kuat2 sampai jam 3 pagi. Eh? Ada jugak ke yang sampai camni? Rilek laa, school break je, bukan terbebas dari segala-galanya pun..

Citer pasal school-break, kalau pangkat iolls ni tak panggil school-break dah, weolls panggil term-break/ semester-break, pasal apa, standard laa kononnya, lepas dah dari ayat sekolah2 nih. Adik aku dah macam set dalam kepala dia, 'yeah, cuti ni boleh main game puas-puas'. Dan tersengih2 buat muka Spongebob.



Bila cuti je, mesti banyak orang kawin laa, majlis bertunang laa, majlis tu, majlis ni dan segala jenis majlis yang ada. Semua nak buat masa cuti. Asal? Hari lain tak boleh ke? *Dah tu, kalau ko buat hari Isnin masa tak cuti sekolah, sapa nak pi kan... Dah laa banyak yang suka post kat Facebook, "I HATE MONDAY' bila tiba je hari Isnin. Aku pun tak tau apekeheinya si Monday ni dorang benci sangat sampai tahap mention kat FB* Ada laa pulak dapat invitation dari beberapa kawan, jemput ke majlis kawin. Create event kat Facebook then, invite2 je siapa2 yang berkenaan. Canggih uolls, dah tak pakai kad2 gitu.. *Actually, kalau dapat kad nampak lebih special kot...* Jeles pulak kite nengok orang yang invite2 camtu, iolls nih bila lagi? Hohohoho... Lama lagi kot... Belum tiba waktunya... Ahaks!

Kalau masa aku kecik dulu, biasanya kalau cuti sekolah, Big Boss (my dady laa...) akan bawak balik kampung. Bukan selalu, kadang-kadang laa. Dan di sana laa akan mula segala aktiviti. Yang paling aku suka, ambik basikal tua, *can u imagine that..* masa tu dalam umur 8 tahun laa. Baru Darjah 2. Dah basikal tu besar dari aku, nak jugak try bawak. Dah tu main basikal tengah2 matahari dok bertenggek straight atas kepala, tak ke hangus engko dik, panas2 nak main basikal. Jatuh dah beratus kali, langgar pokok bunga sampai tak sempat bunga2 tu nak blooming, Itu budak zaman2 aku laa. Kalau sekarang tak yah citer, confirm kuar gi travel jauh2, tak pun hangout dengan kawan and so-whatever it is. Rindu pulak nak jadi kecik balik. Nak pinjam terowong masa kat Doraemon laa. 

Schoolbreak, schoolbreak jugak. Tapi mesti ada yang ambik SPM & PMR tahun ni kan? Tak jauh, adik aku pun ada yang ambik SPM & PMR tahun ni...  Hope u guys tak enjoy sangat. Study is the first right. Cuti tu, lepas dah habis exam leh laa cuti puas2. Ko nak layan Spongebob sampai ke pagi pun takde hal. Tapi jangan laa kan, kang mata bengkak jadi macam mata panda, hodoh benor nak nengok. Hahaha~

Thanks for visiting :)

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.