May 21, 2013

Lawatan Peribadi ke Muzium Sabah [Part II]

Assalammualaikum...
Benda tak habis cerita lagi. Sebelum ni dah cerita sikit pasal Muzium Sabah ni. Sekarang nak sambung cerita lagi pasal Kampung Warisan kat Muzium Sabah ni. Dah macam slot akasia TV3, ada part2. Heritage Village ataupun Kampung Warisan ni terletak dalam kawasan Muzium Sabah ni jugak. Memandangkan di Sabah ni ada lebih kurang 20+ suku kaum, (tapi di Sabah takda istilah Orang Asli ok..) Wajib ni nak mengenali suku-suku kaum nih.

Heritage Village

Laluan masuk ke Kampung Warisan.. Agak adventurous buat yang malas nak masuk hutan,
but sangat awesome buat orang macam kita yang suke nature...:D

Hanging Bridge, macam Canopy Walk kat Poring, Ranau..

Actually, other than hanging bridge ne ada alternative way jugak untuk ke seberang sana. Tapi saja nak feel2 hanging bridge. Dari laluan pejalan kaki, yang aku maksudkan alternative way tadi, ada pulak sorang budak ni jerit,

"Mak!! Mesti ada buaya dalam kolam ni kan..."
Macam nak je aku jerit balik kat budak tu cakap...
"Adik, ni muzium, bukan Taman Buaya Sandakan..."


Kampung Warisan...




 Rumah Pekebun Cina





Rumah Brunei..



Ni laa kampung warisan tu... Rumah setiap suku kaum pun ada. Tapi nampak macam lebih kurang je kan. Traditional gitu... Dan ada pulak yang under maintenance, so tak dapat laa nak jenguk rumah2 yang under maintenance tu.

Korang tahu kan yang Malaysia ni ada suku etnik yang pelbagai, macam kat Semenanjung, ada yang cakap pakai loghat memasing tu, kat Sabah pulak kira lebih kurang macam tu, tapi dorang ada bahasa ibunda masing2. Sama macam kat Sarawak. Malaysia is awesome right? Negara mat saleh awesome tak? Awesome bab buildings & technology laa.. But dari segi bahasa tak awesome sebab dorang majoriti speak English.

Maka tamat laa, lenguh kaki aku jalan sehari suntuk tahu! Kan best kalau dapat pegi spa terus.. 

Thanks for visiting! (Kata orang muzium kepada readers :D)


♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment