May 27, 2012

Travelogue♥ ::Trip to Kundasang & Ranau (Part III)

Hi..

Bagi memulakan short-trip ni, kami pilih Kundasang War Memorial sebagai destinasi pertama. Padahal kalau dalam checklist Desa Dairy Farm jadi destinasi pertama. Tapi, bila dah sampai, tempat ni yang first kami nampak. So, pegi je la meskipun ini bukan tempat pertama dalam checklist.

Kundasang Memorial War ni terletak betul2 di kaki bukit. Tempatnya cantik. Banyak taman2. Banyak bunga. Yang cantik tu tempatnya macam overseas. Kundasang Memorial War ni ada taman2 yang bertema. Contoh macam Australian Garden, English Garden dan Borneo Garden. Taman tema dia cantik laa jugak sebab konsep taman dia yang ikut konsep taman di negar tu.

Entrance Fee RM2/person je...

Kawasan sekitar yang cantik & kehijauan..

Penuh dengan tumbuhan hijau.. Confirm korang akan cukup oksigen...


Yang ni 'Borneo Garden'. Selain tu ada Australia Garden & English Garden lagi...
Feel macam kat oversea konon! Miahahahah..

Weolls jugak buat drive-thru ke Taman Air Panas, Poring yang terletak jauh sikit laa dari pekan Kundasang & Ranau. Dalam perjalanan ni aku tak tau suasana sepanjang perjalanan tu sebab.....aku tido! Hahaha, penat sangat.. Entah bila masanya aku lelap pun aku tak tau, terbangun je, tu pun krew-krew di belakang dah bising. Teruja sangat kot pasal pemandangan sekeliling tempat tu. Haa! Memang cantik uolls.. Rugi siapa yang belum pernah pergi.. Terletak kat kawasan yang sangat-sangat jauh, ditambah dengan suasana persekitaran yang superbbb... AMAZING je laa yang aku mampu katakan. :D

Maka bermula laa expedition menyusuri titian canopy. Titian ni ialah jambatan gantung yang disambungkan antara dua pokok dan dibina kalau tak silap, lebih kurang 700 meter dari aras tanah. So, bila nak lalu benda ni, uolls kena laa daki bukit setinggi 700 meter (lebih kurang laa) camtu, baru sampai ke stesen pertama 'Canopy Walk' ni.. Tapi, pengalaman nak naik benda ni memang superb amazing. Macam Fear Factor pun ada. Tinggi giler... Masa weolls naik tu, hujan dah turun renyai-renyai, so nak keluarkan kamera tu dah berfikir dua kali. Ada jugak gambar-gambar diambil masa tu, tapi banyak kabur dek hujan + tangan bergegar dah dek kesejukan. Tu laa.. Kebal sangat kononnya nak naik bukit tu dengan hanya memakai T-shirt dan jeans. Orang lain dah standby jaket & topi bagai...

Takpa.. So, after that, weolls pegi mandi air panas! Wahh, cuba uolls bayangkan.. Lepas je dari suhu sejuk-sejuk tu, terus terjun kat kolam air panas pulak. Best la! Refreshing sangat! Yang paling best tu bila naik sliding yang terus junam kat air. Air dah masuk dalam telinga pun tak serik-serik lagi nak naik benda tu. Kolam-kolam kat Poring ni pulak ada tahap-tahapnya jugak. Kalau aku ni, yang tak tahu nak berenang, better dok kat kolam yang dalam sampai pinggang je. Member sorang pulak pegi terjun kat kolam dalam 8 kaki. Gilerrr... Aku pun , kalau dah sampai dada tu, dah sesak nak bernafas.. Apa lagi yang 8 kaki.

Terasa macam nak datang lagi pulak kat Kundasang nih. Macam hati aku ni dah lekat kat Gunung Kinabalu tu.. Miahahahaha...
The next day, weolls pun dah nak balik ke KK, sebab tak leh laa nak cuti lama-lama, ada kelas hari Isnin lagi.. Before balik, sempat jugak weolls singgah beli some sayur-sayur untuk bawa balik ke hostel (disebabkan kawan aku yang dua orang tu memang vegetarian laa katakan~)

Lihat laa deretan cik Strawberry yang masih fresh dan seakan-akan memanggil duit dalam wallet aku untuk keluar.. 

Haaa~ nak fengsan aku tengok buah yang comel nih! 

Tak lupa jugak untuk singgah sebentar kat Bundu Tuhan.. Tengok laa, kabus telah menyebabkan gambar ni menjadi kabur... Pemandangan kat belakang pun tak nampak sebab kabus tebal sangat masa pagi-pagi camni..

So, tamat laa perjalana weolls ke Kundasang tu, memang ada macam-macam experience yang superb amazing sepanjang journey nih. Bila sampai kat hostel, berdiri lagi kat tingkap, nampak Gunung Kinabalu, rasa macam nak pegi kat sana lagi. Memang betul laa kata orang yang Gunung Kinabalu tu akan buat sesiapa yang datang kat sana jatuh cinta dengan dia kan! Heheheheh...

♥kieyuka-hanie♥

1 comment:

  1. Hello there! Would you mind if I share your blog with my myspace group?
    There's a lot of folks that I think would really
    appreciate your content. Please let me know. Thanks

    Here is my website :: google adwords analyzer review

    ReplyDelete

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.