May 25, 2012

Travelogue♥ ::Trip to Kundasang & Ranau (Part I)

Hello,

"Eleh, orang cakap Kundasang je pun kan, bukan overseas. Masih mainly area in Sabah lagi. Well. Lantak laa labuuu..~"

Saja laa jugak aku nak share. Mana laa tau boleh menjana minda anda menjadi lebih kreatif untuk berkunjung ke Sabah. Lalalala. So, at least tau jugak laa, kalau nak ke Sabah, mana tempat yang korang wajib pegi tengok sendiri. Trip ni bukan laa trip yang terancang sangat. So, bukan laa grand sangat. Bukan jugak sekampung sangat nak pegi. Bajet cuma untuk 5 orang je. Sebab nak naik satu kereta je. Pemandu berwibawa dan mempunyai lesen dari JPJ yang sah ]pun cuma sorang je. Jadi, berlima je laa kitorang punya trip ni. 

Member sorang dah nak habis study tak lama lagi. So, kiranya dia senior aku laa. Memandangkan kitorang biasanya cuma akan spend time jalan2 beli barang dapur ataupun merayau sekitar Kota Kinabalu ukur jalan, hahaha.. So, planning laa untuk pegi satu tempat ramai2. Planning awal tahun, Tak nak laa planning akhir tahun, sebab akhir tahun dah panjang cuti sem. Ramai yang nak balik kampung halaman. Kampung akak senior aku ni pulak kat Lahad Datu. Lagi jauh laa dari tempat aku. Semua memang akan balik kalau dah hujung tahun, giler tak nak balik, dah laa cuti panjang..

Perjalanan kami ni sepatutnya dalam planning start 6am. Dah tu, boleh pula semua lewat bangun. Gara-gara excited punya pasal, terpaksa laa tunda perjalanan ke 8am. Padahal, semalam punya planning, macam2. Nak bangun awal, around 4am kononnya. Nak masak bekal laa, tengok2 semua bangun 6 pagi. Mana nak mandi, bersiap, sarapan, loading barang2 lagi. Kelam kabut jadinya. Nasib baik laa beg kain tak tinggal.

Sebelum nak mulakan perjalanan, paling penting, kereta kena service, brake kena function. Tayar kena cukup angin. Tayar spare kena standby. Paling penting, minyak kena full-tank. Sebab, sana jalan bukit. Susah nak cari stesen minyak. Tu laa pasal kena cek dulu sebelum jalan jauh. Seyes, nak pegi sana memang susah nak cari stesen minyak. Dah jalan bukit kan, jarang orang lalu.

Aku yang superb excited sangat, tak henti-henti nak ambik gambar..

Ne aku namakan 'Bulatan Nenas' laa.. 

Lagipun boleh-bolehnya masa nak turn around kat bulatan ni boleh salah masuk, ko nampak signboard tunjuk kiri kan, boleh pulak masuk sebelah kanan. Dah first time datang tu, aku leh terima lagi. Tapi yang salah nak masuk round about tu aku tak dapat terima. Sebab semua round about pun ikut belah kiri kan. Hahaha~ what the.... Travel guide kitorang yang kecik ni pun silap jugak. Nasib baik takda kereta time tu, jalan lenggang lagi. But ada satu Hilux laa yang bertembung (sempat elak) dengan keta yang kami naik. Aku terfikir, mesti bengang kepala hotak orang yang drive Hilux tu kan sebab tetiba pulak keta yang satu ne masuk round about belah kanan. 

Dan I can't figure it out how driver bus ni leh handle bus untuk naik tempat berbukit dan berliku-liku camni. Mesti susah kan pakcik driver bas?

Yang ni Pekan Nabalu. View dari atas Observation Tower. Memang cantik kat atas ni. Boleh nampak keseluruhan pekan dan kalau nasib baik, kabus tak tebal, boleh laa nampak Gunung Kinabalu dengan lebih jelas :)

Ni dia si kecik molek yang minat sangat bab-bab begambar nih.. Kan aku dah cakap tadi, boleh nampak Gunung Kinabalu dengan jelas. Haa~ tengok, jelas tak? Jelas kan. Tu bentuk Gunung Kinabalu ke?

Ne pulak pemandangan sebelah kanan Pekan Nabalu dari Observation Tower tu jugak. 

Eh, korang perasan tak benda kat gambar tu yang bahagian atas? Bila kitorang review balik gambar ni kan, memasing berfikir, "Eh, apa benda yang tumpang begambar ni?" Actually, gambar ni aku yang ambik so, hanya aku yang tahu apa benda tu. Ni tak ada kaitan dengan UFO ke, benda terbang yang mengarut bagai k. Yang tu sebenarnya lampu kat menara tu. I didn't noticed pun time nak ambil gambar. Bila dah review balik baru perasan. Giler, dorang pun ingat apa benda laa sangat yang nak enter frame tu. I love the view from here. Nampak banyak banjaran yang hijau-hijau. Sejuk mata memandang~


Haa~ tu dia observation tower tu. Nampak dari bawah macam rendah je.
Dan.... Ada sumandak pula situ.. Hahahah

Finish for Part I, Part II soon okay..

♥kieyuka-hanie♥

2 comments:

  1. kundasang...is a nice place to be...been there a couple of times...tak pernah jemu...

    ReplyDelete
  2. its a pleasure place for a holiday...:D

    ReplyDelete