Blog's Owner

..........................................................................................................................

💗💗💗💗💗
Assalammualaikum, pemilik blog ni adalah sorang pempuan. Yess, pempuan.
Dari layout dan design blog pun mesti korang dah tau.


Ahh, yess. Thats me after bergelut dengan berus dan palettee~~

TENTANG DIA:
Tentang siapa? Haa, tentang owner blog yang plain macam sketchbook yang penuh dengan typography ni. I'm Mazna. 07 December 1991, I was born at home (tak sempat mak aku nak pi hospital, hyperactive jugak aku nak cepat keluar.. 😅) in Beaufort, Sabah. Dalam sijil lahir takdak laa dia tulis lahir kat rumah, dia tulis nama kampung je. Nama aku memang singkat, padat dan ko senang nak ingat. So, don't ask me why takdak Nur, Siti, Dayang or so whatever it is sebab yang bagi nama parents aku. Ok apa nama aku pendek, jadi JPN tak pening kepala macam zaman sekarang ni nak daftarkan nama bayi panjang berjelaa.

In social media, I used username, Ney'zara Mazna. Bukan kerana terpengaruh atau meminati Brazilian professional footballer, Neymar Jr. I don't remember how I got that name. Masa muda² dulu, suka gabung² nama acah² untuk tulis dalam diari laa kononnya. Banyak giler nama aku gabung dulu. But this one that I like it very much and still using it on social media till today.

Aku lahir je kat Beaufort. Membesar di Penampang, Sabah. Then, when I was 14y, family aku berhijrah ke Labuan dan aku membesar laa di Labuan sampai laa aku tamat zaman sekolah dan IPT.

Aku ada sorang je abang yang palinggg aku sayang. Bhahaha, sebab masa aku study IPT dulu, dia yang banyak support. Bawah aku pula ada 3 orang adik. Semua pempuan. Untung jadi kakak paling sulung, sebab aku dapat buli adik aku 😅


STUDY :
Mesti korang tak percaya kalau aku cakap aku takda masuk tadika... Masa zaman aku dulu, takda pula syarat nak masuk Darjah 1, kena ada sijil tadika. Zaman sekarang je dah lain. Dulu, mak aku terus masukkan aku Darjah 1 di Sek Keb Puun Tunoh, Penampang. Sekolah menengah pula, aku sambung ke sekolah yang dekat dengan sekolah rendah aku dulu, SMK Datuk Peter Mojuntin. Tapi tak lama pun, sampai Form 2 je. Pastu aku pindah ke Labuan dan masuk ke sekolah sukan negeri, SMK Mutiara W.P Labuan. Habis laa aku study kat situ sampai Form 5. Then, setahun lebih aku kerja sambilan, dan kemudian sambung study Diploma in Arts & Design kat salah satu IPTS di Kota Kinabalu, Sabah. And now, masih dalam perancangan nak amik Degree. Clash masa sikit, sebab sekarang pun dah kerja.


START BLOGGING :
Since 2012. Tapi, banyak masa tak update. Dulu, blogging pun saja² nak menulis. Habis tu, tulis diari asyik kena baca. Masa first time buat blog, buat private. Dah lama sikit baru public kan. Harap lepas ni, aku lebih rajin nak update blog. Sekian.



Love, xoxo 💟
................................................................................................................