January 28, 2017

REVIEW K'Doll Beauty Skincare

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

REVIEW K'DOLL BEAUTY SKINCARE Siapa suka tengok video kat Youtube daripada Youtuber Asyalliee Ahmad? Kalau tak familiar, mesti ada yang ingat lagi pasal video Syasya Solero kan? Haa yang tu laa.

So, Asyalliee ni duta untuk produk yang aku nak review malam ni. (So far, aku share review untuk produk yang aku dah pakai. Tak laa merapu aku nak tulis..) Ramai jugak yang envy her because of her beauty. No wonder laa memang ada ramai orang camtu.

K'Doll Beauty Skincare ni memang dah familiar. Orang dah kenal. Yang ni dah kali kedua aku repeat beli. Sebab, suka sangat day cream & night cream K'Doll ni. Yang penting, ingredients dalam tu, semua bahan organik. Tapi, tu laa kan. K'Doll ni belum ada buat jualan loose pack lagi. Macam aku, first set aku beli hari tu, toner masih banyak lagi, cuma krim dan sabun muka yang habis. Memandangkan takde jual loose pack, kena laa beli sekotak set baru.


Comel je packaging siap dia ada tagline 'macam cantik macam comel je' kat tepi kotak. Funny. 

Aku start guna produk ni awal bulan Jan hari tu. So, ni baru masuk sebulan laa. But, dont worry. Sebab satu packaging ni memang cukup untuk kegunaan sebulan. Unless the toner. Sangat jimat sebab aku guna sebulan pun toner tu, ada lagi balance setengah botol. So, pasni korang boleh save RM70 every month untuk beli K'Doll ni kalau korang nak start setia pada satu produk.

Produk ni jugak memang dah lulus tapisan KKM, so boleh gunakan tanpa rasa was².
K'Doll Cleanser 50g (NOT151204443K)
K'Doll Toner 50ml (NOT151204445K)
K'Doll Day Cream 5g (NOT151204439K)
K'Doll Night Cream 5g (NOT151205516K)

1. K'Doll Cleanser
K'Doll Cleanser ni dalam bentuk soap bar. So, kalau nak guna, nak jimat korang leh potong² saiz kecik dan simpan dalam bekas. Cara nak pakai, basahkan muka dengan air suam/biasa, pastu sapu cleanser di seluruh muka dan leher, biarkan 1-2 minit (masa tunggu ni biasanya aku gosok gigi dulu) bilas. Guna pagi dan waktu malam.

Ingredients: Aqua, Lauryl Glucoside, Betaine, Sodium Lauryl Sulphate, Glycerin, Lemon Extract, Rose Hip Oil, Licorice Extract, Disodium EDTA & Fragrance.

2. K'Doll Day Cream
Yang krim ni aku suka. Sebab bila pakai, dah takyah nak guna foundation pun boleh. Lepas guna, boleh je guna moistcake/ cushion/ compact powder. Tempek bedak sikit pun dah ok, sebab krim dia memang dah awesome. Dah laa wangi. Tak berminyak dan tak bercapuk bila kita nak sapu bedak muka. Guna waktu siang je. Sebab krim malam ada yang lain pula.

Ingredients: Beeswax, Pearl Powder, Argan Oil, Titanium Dioxide, Ozokerite Wax, Minarel Oil

3. K'Doll Night Cream
Krim malam ni pula. Wangi. Haruman macam gula². Krim ni macam biasa laa kan, pakai sebelum nak tidur. Kalau korang ada bekas² jerawat ataupun ada seketul jerawat yang korang belum boleh lagi nak picit, boleh laa guna krim ni selalu. Confirm jerawat tu kecut dalam masa 2-3 hari lepas guna.

Ingredients: Cetyl. Cetearyl, Glyceryl Stearate, Minarel Oil, Isopropyl Mistrace, Xantham Gum, Beeswax, Stearic Acid, Dimethicone, Glutathione, Arbutin, Linoleic Acid, Apple Stemcell, Vitamin C&E, Aloe Vera Extract, Licorice Extract, Disodium EDTA & Fragrance.

4. K'Doll Toner
Toner pula, macam biasa nak guna. Either nak sapu guna kapas atau tangan. Tapi, aku prefer tangan. Sambil tu boleh laa amalkan cara orang Korea jaga kulit, tepuk² muka korang dengan tapak tangan at least 50 kali untuk lancarkan peredaran darah. Guna toner, sebelum korang nak guna krim siang/ malam. Toner ni jugak boleh control natural oil dari kulit muka.

Ingredients: Aqua, Denatured Ethanol, Rose Hip Oil, Licorice Extract, Aloe Vera Extract, Fragrance.

Nak tengok review netizen yang dah guna produk ni? Pay a visit to their Instagram. Mesti nanti rasa tak sabar nak cuba.


K'Doll Beauty Skincare
https://www.instagram.com/kdollbeauty_hq/
kdollcosmetic@gmail.com
+60139125918
RM70 (SM) RM80 (SS)

No comments:

Post a Comment