January 19, 2014

Opss, shopping yang tak 'Over Budget'? Boleh ke?

Assalammualaikum... 

Dah lama tak buat post pasal tips2 ni. Masa study dulu, selalu cari2 idea untuk buat post pasal tips. Even every little things pun kalau boleh aku nak jadikan satu post dalam blog. Tapi, tu laa kan, kata orang, kalau nak posting something yang bermanfaat perlukan masa yang sesuai dan tak sibuk dengan urusan lain. Bila tak macam tu, memang gantung arr citer. Dah tu suddenly lost. Dah lari topik. 

So, dah masuk 2 bulan lebih aku keja and bila dah tahu nak earn duit sendiri, mesti dah macam2 benda lalu kat kepala, dah tu ada suara2 halus menghasut. 

'Alaa.. Beli je laa.. Bukannya mahal pun..'
'Rugi kalau ko tak beli sekarang, bukan selalu ada sale giler macam ni...'
'Weyh, promosi kot.. Tak nak beli ke?'
'Beli 1 RM39, beli 3 RM80 je? Murah giler. Rugi tak beli..'


Oh, please. Rasanya kalau dah gaji tu, macam tak nak buka online shopping website, tak nak browse Insta dsb. But, what to do. Pempuan, memang tak sah kalau takda benda nak beli. Kalau aku, even benda tu comel je pun aku leh terjebak nak beli. Walhal kekadang cuma untuk letak kat bilik. But, bila dah keja, aku learn something, how to spend, but will not over budget. How?

Kalau dulu, masa study, biasa laa kan. Still dapat duit dari parents, abang. Dah tu tak worried sangat laa. Tapi bila ko dah merasa yang duit tu ko earning sendiri, memang ko akan terus learn something new. Pendek kata, 'Jangan Boros'. Kalau dulu, bila nak beli baju ke hape, beg ke, apa2 je laa. Biasanya aku suka main sambar je. Mana yang aku rasa cantik, comel, aku sapu je. Sebab apa, mak yang suruh dan dia yang akan tolong bayar. Masa study pulak, dah jarang sikit shopping for clothing, tapi untuk a little things kat Daiso tu laa jadi feveret. Especially kalau dia kaler pink. Kalau adik aku dengar mesti dia alergik. Sebab dia tak minat pink. Hohoho.

Bila dah keja ni, dah start laa planning and atur perbelanjaan supaya tak 'over budget'. Bukan apa, sekarang kan dah dunia IT, even Instagram leh buat korang rambang mata nak tengok. Tu belum pegi shopping complex lagi. So, biasanya canne nak shopping, tapi tak over budget?

1. Browse2 dulu sebelum beli 


Yang ni mesti dah tau laa kan. Biasanya, kalau nak beli something, even clothing, tudung, products atau gadget, aku suka browse2 dulu. Kalau kat IG kan korang boleh browse even dalam toilet, tapi tak yah laa sampai camtu sekali kan. Lagipun sekarang orang nak meniaga bukan sorang. Dah bermacam2. So, bila dah bermacam-macam tu, banyak laa pilihan. Ada yang buat promosi giler2, especially bila ada perayaan atau Year End Sale. Tapi, kena tengok jugak laa. Tak semestinya semua yang meniaga kat IG tu jujur. Kalau sesiapa yang nak beli barang2 from IG tu rasanya boleh luangkan masa 2-3 hari dulu kot browse2, banding2 harga sebelum nak beli. Mesti korang satisfied nanti.

2. Tetapkan bajet untuk setiap kategori perbelanjaan 


Ok, biasanya, bila ada duit dalam wallet. Kita rasa macam semua benda laa nak beli kan? Tak boleh laa camtu. Kalau boleh, sebelum nak beli something kena estimate dulu bajet untuk beli benda tu. Contoh macam nak spend for clothing RM80. Pastu RM50 untuk produk penjagaan diri, lagi RM50 untuk kasut ke. Total spending RM180 mungkin dah boleh dapat banyak benda. Kalau masih single senang laa kan. Gaji RM1200 camtu, RM200 untuk keperluan sendiri, balance leh simpan, bagi mak ke, belanja kat rumah ke. Mesti kena lulus economy ni.. Heheheh..

3. Spend for clothing ikut keadaan 



Ada sesetengah orang, kalau boleh, tiap bulan dia nak spend their salary for clothes. Perlu ke? Rasanya kalau bab clothing ni boleh skip buat once every 2 months camtu kot, sebab baju ni kalau kita guna selalu, bukannya luak sedikit pun. Bukannya habis pun dalam sebulan. Paling senang, kalau tak nak nampak macam asyik pakai baju yang sama, buat mix & match kan senang. 

4. Bandingkan harga, baru beli 


Kalau bab nak beli baju pulak, aku ni kalau boleh nak round semua kedai dalam shopping complex tu, bandingkan harga dan kualiti, baru aku beli. Memang laa, kadang2 ko masuk kedai ni, nampak baju ni cantik giler. Rasa nak beli, tapi harga meletop. Tu baru harga untuk sehelai baju kot. Belum nak beli seluar lagi, dress, kasut, beg lagi. So, kalau aku, memang habis arr satu shopping complex tu aku round. Siapa yang ikut aku memang malam hari dia akan dapat gout. Bukan disebabkan makan seafood berlebihan, tapi disebabkan aku jalan ke hulu ke hilir tu. Bila dah masuk kedai lain, sometimes aku akan jumpa baju yang lebih kurang sama, cuma design yang ada beza sikit, tapi bila harga dah reasonable dan rasa puas hati dengan kedai tu, baru aku beli. Kalau harga lebih kurang RM5-RM8 camtu, tapi kualiti baju kat kedai sebelum ni lebih baik, beli yang kat kedai sebelum tu laa. Yang penting dah round semua dan dah puas hati. 

Senang kan nak kawal perbelanjaan. Yang penting kena siap2 bawak shades laa. Bukan apa, kalau rasa2 nak mengelakkan pancaran tanda 'SALE' kat cermin2 kedai tu yang boleh buat korang tergoda, pakai je shades, buat2 tak nampak sambil jalan laju2. :)

Thanks for visiting ^_^v

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment