January 19, 2014

Kerana u laa ni Cathy..!

Assalammualaikum... ♥

Ya, betul. Sebab dia dah makin hangat dan top sekarang ni, aku pun dah jadi salah satu dari stalker dia sama ada di blog, IG, dan FB. Can't imagine why influence dan attraction dia tu kan, memang tak boleh blah laa. Why oh why, Cathy? 



That's why, I don't need IG laa rasanya. Memang tak boleh blah sungguh kalau nampak Cathy Doll ni. Dia punya influence ni macam Barbie, bagi aku. Sebab, kalau Barbie memang dari dulu sampai sekarang influencenya masih stick on me. Even hujung minggu leh layan meskipun dah berpuluh kali nengok. Sampaikan kekadang mak bising, 'agaknya, kalau ko dah kawin nanti, hari2 ko bagi anak ko duduk depan tv tengok Barbie'. Rilek aa mummy. If I got baby girl later, dia mesti minat pink. MESTI! <-- Haruslah diberi penegasan di sini.


See, kan aku dah cakap benda ni comel. Otherwise yang comel tu cuma packaging, ya. Admit it. Orang Korea memang terer bab benda2 comel ni. Tapi akak tempat aku order ni memang peka dengan keadaan sekeliling laa. Dia macam tau2 je yang aku tak sabar nak tunggu Cathy Doll aku ni sampai. :) Kalau ikutkan hati, semua IG aku nak browse, nak beli semua produk CD ni, tapi, bukankah itu satu pembaziran dan amalan syaitan? Tetiba aku muhasabah diri jap depan cermin sebelum nak order. And finally decide nak cuba dulu beberapa produk je. Kemudian laa kalau nak beli lagi kan. Ikut keperluan :)

First thing yang aku nak try, serum ni.. Tapi bau dia agak pelik sikit dan aku tak suka
sebab bau macam ubat demam. Ke~ ini memang bau serum? Tapi dah beli, sayang kalau tak guna, 
so guna jugak laa..

Second, Magic Cream ni. Magic ke? Aku leh imagine pakai sekali dah tiba2 shining macam kulit Barbie.
Mengarut betul laa imiginasi ni kan. Yang ni bau dia sweet2 sikit, macam serum Nivea, memang tak 
melekit pun, tapi once nak pakai tu, texture dia ada macam concealer sikit laa. 
Mostly pakai waktu siang. Kononnya nak jadikan sunblock disebabkan ia ada UV Protection. 
But kenyataannya, aku duduk keja dalam ofis, bila masa leh kena UV pulak ni..

Last one, Cathy Choo, Fragrance Shower Gel. Memang harum laa Cathy Choo ni.
Pastu, bila dah pakai, lepas mandi tu kulit rasa smooth semacam. Adakah 24K Gold itu dah
meresap dalam kulit? Bhahaha. Itu imagine adik aku laa kononnya sebab kat packaging ada tulis contain 24K Active Gold.

Yang ni pulak free gift dari akak tu. Thanks :)
Memang comel laa botol lip tint ni. Senang nak bawak daki gunung. So, apakah kaitan 
botol kecil lip tint ini dengan daki gunung? Disebabkan nak naik gunung tak leh nak bawak barang 
berat-berat, sesuai laa bawak ni, sangkut kat pergelangan tangan. Once nak pakai, tinggal cari kat gelang je.

Next month nak try other product pulak dari Cathy Doll :)

Thanks for visiting ^_^

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment