January 4, 2014

So, my 2013 was so amazing..

Assalammualaikum...♥

Salam perkenalan 2014, amacam New Year? Best ke hambar2 je? Banyak orang buat status macam ayat yang aku buat post title tau, yang macam ni tu...

"Aku ceraikan kau 2013"
"Aku terima nikahnya 2014, dengan mas kahwin bla..bla..bla.."
Sempat aku bingung jap baca status orang camtu... :D

Aku dah termiss 3 hari, tapi rasanya aura tahun baru tu masih fresh lagi kot. Sempat jugak aku update blog hari ni. So, dengan ini aku nak wish Happy New Year & Hello 2014 kepada semua blogger tempatan mahupun antarabangsa. Eh, rasa macam aku nak try buat giveaway pulak awal2 tahun ni. Tapi memandangkan aku takda experience nak buat benda2 GA ni, so aku tangguhkan dulu laa. Memang tak pernah laa aku buat GA, melainkan join GA orang lain but tak menang. Bhahaha.

So, amacam last year? Banyak sweet memories ke bad memories. Aku dah agak, yang ada putus cinta tahun lepas dah confirm2 laa bad memories kan. Yang dah kawin pada tarikh2 awesome tahun lepas pulak mesti dah jadi sweet memories. Ha'ah kan. Aku pun tak perasan sejak bila rakyat Malaysia mula peka dengan tarikh2 yang ohsem ni. Dah lama kot, ke aku yang tak alert bebenda nih.

Ok, last year, thanks for the sweetest memories inside. Tahun lepas aku dah habis study kat IPT yang ambik masa lebih kurang 3 tahun. And last year jugak aku mula berblog entah buat kali yang ke berapa dan Alhamdullillah laa sebab blog ni masih kekal until now cuma aku tak ingat bila anniversary blog aku. Kesian kau blog, dapat tuan yang macam ni.

Thanks 2013 for moments and...


**Very the ohsem course-mate**


**Menjadikan Little Chrysanthemum ni adik angkat aku masa kat hostel..**

Tapi kesian, tiap hari dia duduk bawah panas. Dah tu kalau masa cuti aku balik ke rumah family, dia sampai berminggu-minggu tak minum..


**Attend Konvokesyen Mr.SuperSomething**



**Membuat drawing masa sebok nak buat assignment untuk mengurangkan stress.. Meskipun ada yang hanya separuh siap..**


**Jadi pelancong tiruan 3 hari di negara sendiri**


**3rd Futsal Tournament & to be the last**


**Jadi senior, dah lepas jawatan AJK MPM ke junior**


**Final year class & final presentation. Skimboarding!!



**Beach with the girls... Rindu dorang.. :'(


Masing2 teruja sebab dapat buru umang yang otw ke rumahnya...
Kesian umang ni, tak sempat dia sampai rumah... Tentu mak ayah dia tunggu kan...

**Menghayati masa-masa terakhir di rumah kediaman budak2 kolej aku..**


Skyview on Sunday. Feeling2 dulu sebab lepas ni 
dah tak dapat laa nak tengok fresh view dari tingkap ni...


**I leaved hostel. Dah tu tetiba rindu pulak...**


**Dapat keja dah after graduate, Alhamdullillah.. Tak jugak lama terperap tanam anggur kat umah..**


**ProEight Glamourous Night**

Christmas Season in Pavilion..

Banyak lagi kot, tapi dah bersepah2 folder gambar dalam laptop ni. Nampaknya kena ambik masa nak kemas2 doc ni nanti. Everything went smoothly last year. Semoga tahun ni jadi tahun yang lebih baik. As Salam 2014... :)

Thanks for visiting... ^_^

♥kieyuka-hanie♥

1 comment:

  1. Sudah menyertai Handphone Giveaway by Syuhada1981.com? Jika belum jom sertai sekarang bagi memeriahkan lagi GA ini. Jom! Syarat amat mudah.

    ReplyDelete