April 19, 2013

Kisah budak dengan jetski..

Nak pergi interview punya pasal, nampaknya kena jugak laa aku balik sorang2 lagi hari ni. Takda bahan nak ceta senanya, tapi ada moments nak share. Ehee~ nampak macam its not worth to be read but worth to be experience it.

Kisahnya ialah pasal aku nak balik to Labuan laa. Overseas jugak laa kan, dah seberang laut tu. Haa~ Dipendekkan ceta, senanya this is the first time aku direct je ikut feri from JP to Labuan. JP stands for Jesselton Point kalau kat Sabah. But, memandangkan first time aku ikut direct dari sini, agak bingung sekejap, sebab before this biasanya naik express bus je to Menumbok, baru naik feri dari sana.


But before nak ceta kisah budak dengan jetski tu, iolls nak bagi nasihat sikit. This is for those yang keja kat kaunter, berkhidmat untuk layan customer tu. Tak semua but maybe segelintir. Uolls tahu bukan yang senyum tu satu sedekah, so apa salahnya bagi senyuman yang manis dan bercakap dengan nada yang disenangi ramai. Experience aku untuk hari ni, dapat layanan yang kurang baik dari pekerja kat kaunter tiket feri. Based on cara cakap pun dah garang2. Even uolls gaduh dengan pakwe ke, bos marah ke, customer is not involved. So, cara layanan tu kena improve sikit laa kan, bukan je untuk weolls orang Malaysia but for the tourist jugak. Ok, habis part ni.


Time tunggu kat jeti pulak, macam-macam ragam yang kita boleh nampak kan. Kalau aku duduk kat mana-mana, aku suka perhatikan ragam orang lain, ada yang lucu jugak, especially budak-budak laa. Sebab dorang ni dah laa banyak cakap, then ada je benda yang dorang nak tanya, nak ambil tahu. Tak salah jugak kan. Dorang kan baru mula nak mengenal dunia.

Ada laa sorang budak ni. I think masih kat tadika lagi sebab dia pakai baju ada logo Kemas. Dia nampak hyperactive jugak laa. Lari sana, lari sini, lompat sana, lompat sini, dah macam kangaroo aku nengok. Yang lain pulak, ada yang nampak excited je, mungkin baru first time nak datang Labuan kot~ I guess. Then tetiba budak tadi tu jerit kat mak dia.

Boy : Mak! Mak! Mak! (entah dah berapa kali dia panggil, mak dia ni tak toleh lagi, tengah bercerita dengan orang sebelah.
Boy : Mak! Tengok dulu.... Mak!!
Mom : (Baru nak toleh tengok anak dia) Kenapa?

***I proud laa sikit dengan mak budak ni, sebab dah anak dia punya suara jerit2 panggil dia tu sampai penuh suara dia kat jeti tu, mak dia masih buat muka cool lagi..**

Boy : Tengok tu mak! Orang tu, dia bawak motor tapi tak pakai helmet!
(Aku pun toleh tengok, orang mana yang dia maksudkan. Yang aku nampak cuma orang tengah test jetski kat laut..)
Boy : Tengok, dia tak pakai helmet, lepas tu bawa motor dalam air, dia tak kena saman ke mak???

Mak budak tu diam je, mungkin malas nak layan gelagat anak dia laa tu. Tapi uolls tengok laa. Budak-budak pun dah tahu undang-undang jalan raya, apa lagi kita yang dah besar ni. See, I told u guys its not worth to be read but ada something yang boleh buat some info lekat kat fikiran kita kan.

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment