April 3, 2013

2 Minute Mushroom Soup + Cheese

And suddenly, tekak ni nak merasa something yang smooth and creamy. (FYI, yang ni bukan aku masak tahu, instant sangat dah ne...) Dah laa aku malas nak jalan pegi mana-mana. Tetiba pulak housemate ajak keluar jap, so, ini peluang yang baik untuk cari benda untuk dimakan. Pegi 1B jap nak beli benda apa yang best nak dimakan. 

Singgah jap beli groceries and ternampak pulak benda ni. Ni Instant Soup VONO. Kalau uolls terasa malas sangat nak masak, siap bahan-bahan yang banyak laa bagai, boleh try ni, alaa, 2 minit je, tak sampai berjam-jam pun nak sediakan benda ni. Itu hanya bagi mereka yang dah malas sangat nak masak, macam weolls laa. Bukan malas laa, senanya, saja nak test lain-lain sikit untuk lunch.. (Alasan yang cukup padat kononnya)


1 paket ni ada 3 sachet, so elok laa dimakan bersama housemate yang ada. Sharing is caring, tak gitu? Hohoho. Aku beli flavour Mushroom + Cheese sebab nampak yang ni nampak lagi menggoda. Ada jugak istilah camni untuk makanan~ Lalala..


Kan aku dah kata tadi yang dalam ni ada 3 sachet kan? Haa~ boleh laa uolls kongsi dengan housemate ke, jiran sebelah ke, tak pun, bawa dan bancuh time lecture, hilang jugak rasa mengantuk kan3.. Dah 3 sachet, aku bagi tunjuk satu je laa kan, takkan nak tunjuk semua.. Adalah tak digalakkan kawan yang tak pandai makan benda ni, dipaksa jugak untuk makan, bukan apa, rasanya ni macam pekat and creamy, jadi takut laa yang kawan uolls tu mual pulak nanti.. ^__^


Nampak macam nak buat air 3 in 1 je kan? Memang dah dalam bentuk serbuk pun, ko nak buat canne? Dah tuang ni, letak laa air. Kan aku dah kata macam buat 3 in 1 tadi kan? Masa nak letak air ni pulak, first tak boleh kurang, dan tak boleh lebih. Instruction kat belakang kotak pun ada mention cuma 200ml air panas je, lebih air yang dituang, bila uolls rasa tak sedap, jangan nak salahkan benda ni pulak..


At last, jadi laa benda tu camni, gaul-gaul dulu, baru sebati segala serbuknya tu. Senang tak? Semudah nak masak maggi kan, rasa pun sedap. Tapi tak leh laa nak diamalkan sangat, sebab benda ni masin-masin sikit. Sekali-sekala tu boleh laa. Haa~ tu je laa, bukan resepi special sangat pun, macam aku mention kat atas tadi, "INSTANT". Memang instant laa sangat kan? ^__^v

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment