March 20, 2013

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian [Ambilan 2013]

Good morning semua! Eh, dah nak masuk tengahari kan.. So, hari ni nak share some info. (Dapat pun dari friends kat FB) Saja nak copy & paste okay. Ada tak sesiapa yang berminat nak jadi cikgu? Nak merasa zaman persekolahan semula? Haa~ kalau ada, sila bagi perhatian kat post ni. KPM nak pelawa semua calon lulusan SPM yang berkelayakan dan beriltizam. Style ala-ala nak jadi cikgu laa katakan, untuk join PISMP ni. Permohonan boleh dibuat secara online mulai esok, 22 MARCH 2013 (<-- Ingat ye..)

Permohonan ni hanya untuk adik-adik yang berumur tak lebih dari 20 tahun pada 30 Jun 2013. Ni bermakna, terbuka untuk adik-adik kita yang lahir pada tahun 1993. Uolls suka tak? Hee.. Kalau suka, boleh laa try tengok kelayakan di bawah...

KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian 

Mod Kursus : Sepenuh Masa

STRUKTUR PROGRAM
* Program Persediaan - 12 Bulan (2 Semester)
* Program Ijazah - 4 Tahun (8 Semester)

SYARAT & KELAYAKAN ASAS
3.1 Warganegara Malaysia.
3.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
3.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
3.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana mana tiga(3) mata pelajaran DAN
sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:
3.5.1 Bahasa Melayu;
3.5.2 Sejarah;
3.5.3 Satu (1) mata pelajaran yang lain;
serta
3.5.4 lulus Bahasa Inggeris.
3.6 Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon
(Rujuk e-Panduan Permohonan).

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
4.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
4.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan
Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
4.1.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program
persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di institusi
berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.1.3 Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan
untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat
(4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

CARA MEMOHON
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my/ mulai 22 Mac 2013

2. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang :
http://www.moe.gov.my/ bagi maklumat iklan, bidang pengkhususan dan
gred minimum kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
3. Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
4. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan
hendaklah di hantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan
yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
5. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak


So, jangan lupa mencua yea adik-adik.. Mana tau uolls layak kan. ^__^

 ♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment