March 3, 2013

Pray For Sabah..

Lately, memang kecoh laa FB, Twitter, Blog, news, TV dan sebagainya pasal pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah. Apa yang berlaku sebenarnya memang unexpected kan? Malaysia yang sebelum ni memang aman damai, suddenly something like this happened. Sedih jugak laa dengar benda-benda macam ni. Di tanah kelahiran aku ni. 

And macam biasa laa kan, bila ada benda macam ni berlaku, mula laa warga social network semua bangkit dengan pendapat dan tanggapan masing-masing. Ada jugak laa komen-komen 'lawak' yang aku terbaca kat FB or Twitter, ada yang siap bagi suggestion laa bagai cara untuk menentang penceroboh-penceroboh tu. Actually kan, generasi muda kita ni banyak yang berbakat untuk bagi idea. Tapi cuma di laman sosial or when talking with friends. Cuba suruh dia bersuara kepada pihak yang sepatutnya, adakah keberanian itu masih akan terserlah? Tepuk dada, tanya selera. Aku juga antara yang cuma bersuara di laman sosial kot. I admit that. :(

Anything happened in Sabah, kita sebagai rakyat cuba laa bersikap matang sikit. Ni ada pulak yang sibuk nak update status pasal PDRM, ATM buat road block laa pulak kat FB. Apa laa. Bila nampak semua tu, biar pecah di perut, jangan pecah di status! Sia-sia ja usaha pasukan keselamatan kita kalau macam tu.

Apa-apa pun, sama-sama laa kita doakan agar pejuang negara kita yang sedang berjuang di Sabah selamat semuanya. Selamat pergi dan selamat kembali. Amin. 




♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment