March 20, 2013

Menguap tu sebab kurang oksigen?

Asal bangun pagi, aku selalu standby on radio Era.Fm laa. Memang radio feveret ni, sebab ada JoHaRa pagi era yang buat aku senyum sorang-sorang je bila dengar dorang mula berceloteh. ^__^ Hishh, malu. Tapi ada tetiba ada pulak suara pompuan (masa iklan jap) cakap pasal kita menguap sebab otak kita kurang oksigen? Ehh? Mesti ada yang dah tau, dan ada yang masih tak tau kan?

So, bila dengar ni, adakah uolls semua akan mula menguap banyak-banyak, biarkan mulut terbuka seluas-luasnya ke canne? Tak boleh jugak tahu, sebab bila menguap kena beradab jugak. Cuba ko kat kedai makan jap, ataupun keluar dengan pakwe pergi makan ke.. Ko nak ke menguap besar-besar depan boyfriend ko? Kata "Boyfriend aku sporting", "Be yourself laa weii" and sebagainya laa. Ishh. Kalau aku jadi lelaki, confirm dah reject, ishh. Beruntungnya sebab aku pun pompuan kan. Teehee~

Kalau korang nak tau, tu pun kalau korang nak tau laa~ kita menguap ni sebab, macam aku cakap kat atas tadi laa. Badan kurang oksigen. Dalam paru-paru kita kan ada alveoli, ingat tak? Subjek time kat menengah ni... Ok, benda tu kan berfungsi sebagai pengalir oksigen ke dalam darah, so.. bila alveoli ni tak dapat udara segar, ia akan mula mengempis then paru-paru pun mula laa nak mengeras. Masa ni laa otak akan arah mulut kita menguap untuk tarik udara segar balik. Kalau tak, tak ke dah mati mengejut namanya.

Jadi, banyak-banyakkan laa menguap. Nak lagi senang, uolls tanam je pokok bunga kat tepi tingkap ke~ tepi katil ke.. Wherever laa yea. Bangun pagi, terus je mintak oksigen sikit dengan bunga tu, boleh arr ganti-ganti keperluan. Sharing is caring baa kan.. Hehehehee

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment