March 17, 2013

Barbie obsession...

Meskipun aku ni dah tak seusia dengan adik-adik yang masih main Barbie tu, tapi minat aku terhadap makhluk plastik ni memang tak dapat diketepikan. Pasal pa, benda ni dah laa comel giler. (tak giler pun, comel je..) Lepas tu dengan pakaian yang lawo-lawo.. Wooo~ Sampaikan aku ni asal nampak gambar Barbie tu kat website mana-mana, gatal je tangan nak download..


Tak habis dengan tu, aku sekarang dalam misi nak cari movie-movie Barbie ni kat Youtube, blog-blog, and webpage mana-mana. Malangnya pulak, memang susah nak cari sebab tak ramai yang re-upload. Ada pulak yang not available in Malaysia laa bagai. Rasa-rasanya kat kedai CD ada jual lagi tak? Meng-download ni sebenarnya keja tak baik. Tu namanya mengambil hak milik orang lain. Betul. Tu advice dari sorang sahabat. Asal dia tanya aku dapat movie dari mana, bila aku cakap download je, haa~ mula laa dia meng-advice macam-macam. Maafkan saya sebab ia masih berlaku lagi. Ngee~

Banyak rupanya movie Barbie ni yang aku dah missed. Oh, geramnya!


But, uncle sorang ni lagi buat we all jealous tahu. Dia ada koleksi 2000 patung Barbie ni. Bayangkan! Korang dapat bayangkan tak? *krik krik krik..* Hmmph.. -___- 


Rasanya dia nak donate kat sesiapa tak? Hee~ saya sedia menerima... (Takdanya orang nak donate okay, beli laa sendiri!!) Bhahahaha...

Bolehnya dia tahan nak beli patung-patung tu buat koleksi kan? Agaknya dah berapa ribu dia habis ea?

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment