January 2, 2013

Rindu zaman kanak-kanak yang enjoy...

Assalammualaikum..

Tadi ambil adik yang paling bongsu kat sekolah. Masih sekolah rendah lagi jadi suasana kat sekolah dia memang kecoh laa. Masa aku sampai tu, ada lebih kurang 20 minit lagi sesi pembelajaran sebelum dorang balik. Tengok-tengok kawasan sekolah tu jap. Banyak parents yang tunggu kat kantin, dekat blok-blok kelas, depan gate dengan macam-macam posisi. Ni bukan kes lain, mesti tengah tunggu anak-anak dorang yang baru masuk Darjah Satu. Yelah kan, biasanya budak baru masuk sekolah ne ada yang nangis laa bagai. Amacam cikgu-cikgu? Tercabar jugak kesabaran dengan budak-budak sedemikian kan.

Itu perkara biasa laa kan. Loceng pun dah bunyi. Haa~ mula laa budak-budak belari sana sini. Sampai nak fengsan aku pusing-pusing cari adik aku tu. Ada laa budak pempuan yang tudung dia dah macam kena tiup ribut. Lucu pula tengok budak-budak ni. Comel-comel belaka. Rasa macam nak cubit pipi dorang. Eee, geram! Memang comel-comel laa budak sekarang. Dah Darjah Empat pun nampak masih kecik-kecik lagi. Faktor tumbesaran jugak laa katakan. Sampaikan yang dah Form 1 nampak macam budak sekolah rendah je.

Aku tengok ada laa yang bawak beg lebih besar dari badan dia. Budak perempuan pasti dengan beg kaler pink. Budak lelaki pulak pakai beg Ben-10, Boboiboy, Transformer laa bagai. Haa engkau, kalah budak zaman aku dulu. Yang cuma pakai beg Power Rangers dan Ultraman. Watak tu dah jadi macam "Hero Zaman Purba" laa pulak bagi budak-budaak zaman ni.

Dah jadi lumrah laa kan. Bila zaman budak-budak dulu, sebok nak jadi orang dewasa. Kat sekolah rendah, bila dah masuk Darjah Enam, kiranya budak paling dewasa, bajet matang laa katakan. Haha matang laa sangat. Tapi bila masuk sekolah menengah. Terasa bagaikan diri ni agak kerdil, tak matang lagi dan paling muda laa kat sekolah. 

Haa~ tu laa, masa sekolah dulu berabis nak cepat habis belajar, sekarang baru kau tau apa erti zaman sekolah. Btw, sekarang pun aku masih student jugak. Student kat IPT laa. Kira ok apa. Hayati laa  tahun-tahun terakhir jadi student Dip. ni, ada rezeki nanti nak sambung lagi laa. Hee~

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment