January 24, 2013

Ex-Family Member Yang Dah Lama Menghilang....

Sebenarnya aku dah rindu katil comel aku kat hostel tu... *Comel laa sangat -_-"*

Baiklah. Cuti aku kali ni aku rasa agak terlebih panjang. Rasa macam dah berbulan-bulannya aku dok kat rumah. Well, takpa laa, taip hari boleh makan masakan mom yang superb delicious. Tak tertanding makanan-makanan yang ada kat foodcourt Wawasan tu. Woohh~ dah macam juri tetap Masterchef geetuu kan. Cuti ni bila laa nak habis hah? *Walhal kalau takda cuti, ko jugak yang paling bising..* Aku dah rindu dengan Si Teddy aku yang comel ni! *Sebok jap cari gambar Si Teddy tu...*


Haa~ Jumpa pun. Ni laa Mr.Teddy yang kita maksudkan...:)
Dia telah tinggal dan menginap di bilik we all selama 3 bulan tanpa membayar sewa. Memang dah tabiat dia agaknya menumpang free kat rumah orang. 

Tak cukup dengan itu, ini buat aku ingat balik kat satu lagi ex-family member kitorang yang dah lama menghilangkan diri. Dia juga pernah menginap selama beberapa hari kat rumah kitorang, pastu makan & minum free! Dah laa makan dan minum free, lepas tu suka-suka hati dia je nak blah dari rumah. Menghilang tanpa sebarang jejak atau khabar. Dah laa macam tu, dia ingat rumah aku tu hotel ke? Boleh datang dan pergi sesuka hati? Dah cari kat kawasan-kawasan yang berhampiran tapi, tetap tak jumpa jugak. Polis je yang tak tau sebab dia adalah.....

Seekor kucing bernama Kichie..

*Dia memang pandai berlakon, berpura-pura tidur bila namanya disebut* Ke.... Saja nak bagi posing 'cute face while sleeping' bila orang nak snap gambar ko. Bajet model laa ko... Actually, ni bukan legal kucing aku pun. Masa adik aku pegi kedai kat taman perumahan berdepan area tempat kitorang tinggal tu, kucing ni ikut dia balik. Dah tu, mula laa menginap, makan dan minum kat rumah. Buat macam rumah sendiri. Like a boss! So, dah tak tau kucing siapa, we all ambik laa jadi pets. Bagi nama Kichie (Kecik) sebab badan dia yang agak kurus ni. Dia kurang makan agaknya. Mungkin di luar sana memang susah nak cari makan ye!

Hmm, nampaknya Kichie tak suka digelar begitu. 

Dia dah mulai merajuk laa. Sampaikan camera bag yang aku guna untuk pujuk dia diabaikan begitu sahaja. Dia nampak tak gembira. Agaknya Kichie mungkin juga penggemar barangan terbuang. Dah dia pun kena buang, kesian.

Kichie memang cukup bersedih dengan kata-kata aku tu. *Eh, apa benda putih ne? Makanan ke?*

Now, Kichie ni takde da kat rumah. Mungkin dia dah jumpa tuan yang baru atau juga mungkin dia dah balik ke rumah Mak Datin mana-mana untuk dapat gelaran yang lebih baik. 

I missed you're cute eyes laa Kichie...:(

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment