December 28, 2012

Cuti semester 6..

Same as before. Bila cuti sem je, aku akan balik ke Labuan. Dah rumah aku kat sana kan, kalau aku tak balik sana, aku nak dok kat mana lagi. Well, aku ne jenis orang yang agak boring sikit laa. Sikit je. Emm, sometimes laa. Bila cuti je aku suka dok kat rumah berbanding lepak anywhere lagipun hobi melepak memang takda dalam list aku laa. 

But kekadang ada gak perasaan jeles sikit bila tengok orang update status Facebook hangout with friends laa whatever. Tau pun ko nak jeles kan. Dah tu malas sangat nak go socialized sikit pehal. Kalau ikutkan game The Sims yang aku tengah layan cuti-cuti ne, sims aku tu memang akan stress giler sampai merah mood bar laa bagai kalau berperap je kat rumah and tak befriends with anyone. Aku pulak naik tensen tengok Sims aku yang asyik nak melalak kestressan tu.

So, back to the story, eh! aku dah habis Sem 6 laa... Bermakna, tinggal 2 sem lagi laa. Wahhhh langsung tak perasan pun kan. Well, nak perasan apa kalau rutin seharian, pi kolej > lectured > back home > do assignment/main game. Macam cepat pulak 3 tahun ne. Cehh, padahal time baru masuk study tu. Merungut laa bagai sebab 3 tahun tinggal jauh dari family. Dah nak habis ne pandai pulak cakap sekejap je 3 tahun tu. Hmm...

Apa yang aku buat cuti ne? Dok kat rumah je laa dik oi. Malas sangat nak sosialized or hangout anywhere tanpa sebab yang munasabah. Dah lagak macam YB pulak. Lagipun aku nak hangout kat mana kan. Kalau tau driving takpa laa. Ne driving pun sepatah haram tak tau lagi. Bukan malas nak blaja, cuma belum ada masa lagi. Aku kan dok jauh. Nak pinjam kete sapa kat hostel tu untu didrivekan??

Jadi masa lapang aku ne aku habiskan dengan cari tutor pasal 3D Animation. Bukan nak mengada okei but subject ne aku akan ambik sem depan. Jadi dalam diri ne ada perasaan meronta-ronta untuk blaja benda nih. 

Cari punya cari, aku jumpa jugak laa. Eleh, takat buat 3D Text, mesti yang dah pro gelak bila baca benda macam nih. I'm a newbie ok. Mohon tunjuk ajar laa.... 

Blog aku yang satu lagi tu in progress laa. Saje-saje buat blog pasal kesenian. Padahal aku tau, orang M'sia bukan suka sangat bebenda camni nih. It just like a small ant standing besides an elephant. Ne bukan peribahasa, sekadar ayat hiasan semata-mata okei..

Bila tengok pasal citer kerjaya hari tu kat Astro TutorTV, dorang interview si Abang Beautifulnara tu. Blog yang top tu, mustahil orang tak kenal kan. Well, dia ada citer cara dia nak attract orang jadi visitor kat blog dia. "Saya cari tau feveret story rakyat Malaysia dan gosip-gosip semestinya menjadi kegemaran readers.." I tau. Dan aku tau jugak laa kalau blog pasal benda-benda camni takdanya orang nak baca. Biar ko citer pasal seni-seni ne sampai nak temuntah pun, takdanya orang rajin nak baca citer melalut camni.

So, biarkan dengan pendapat tu and I was on my way untuk jadikan blog tu jugak! Bekeras sangat. Malas ah nak layan. Lantak laa. At least aku buat benda yang educational sikit laa kot. Maybe sikit je laa. Tak banyak pun sebab aku tak tau lagi nak post-post pebenda dalam blog tu. 

Eh, dah panjang pulak entri aku nih. Dah macam karangan budak Darjah Enam ye. Sebelum menutup tirai, nak share something ne. Ada tak yang suka benda-benda yang challenging. Bukan fizikal, but mental. Totally using your own idea laa. Ada tak? Sila angkat kaki sikit.. Ok, ne nak share pasal Challenge.gov. Ok, apa benda nih? Sempat gi nak tanya? Sila laa klik dahulu ye link tadi tu. Kalau malas sangat jari jemari tu, terus baca kat sini pun boleh. 


Well, Challenge.gov nih actually satu aktiviti@pertandingan di mana korang boleh berkongsi idea dan kemungkinan. KEMUNGKINAN okei. Not totally yes. If idea korang terpilih, korang jugak yang untung laa. Why? Sebab hadiahnya agak lumayan jugak. Boleh try surf-surf sendiri nanti ok. But kemungkinan itu adalah 1 per dengan berapa puluh ribu punya angka laa. Tak cuba, mana tau kan. Sama jugak dengan 'Tak Kenal, Maka Tak Cinta'. Ada terkait tak two phrases ne? Kalau takde, sila abaikan. 

So, ringan-ringankan laa tulang-tulang jemari anda to find more about this ok. Good luck!

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment