October 16, 2012

Pemeriksaan Tulang Percuma Anlene

Assalammualaikum...

Nama pun dah PERCUMA kan so, tanpa melepaskan peluang, aku pun attend laa pemeriksaan percuma anjuran Anlene tu. Bukan jauh sangat pun, tingkat bawah kolej aku je pun. Ramai jugak laa yang datang. Ni first time laa ni aku nak pegi cek tulang. Hai, tulang.. Awak sihat tak?? Pakat ramai2, pegi dengan kawan kolej aku lepas kelas. Sampai depan pintu je dah kena invite masuk, siap kena bagi borang suruh isi lagi. Pastu, tunggu turn nak check.

Lecturur aku pun ramai gak yang pegi masa tu. Gambar kabur. Maklum laa, kita pakai Nokia je.

Lebih kurang 15 minit gak laa kitorang berdiri di lobi. Ini disebabkan oleh golongan lecturer dan staf GOV & NGO yang menyerbu lokasi tu sebaik je jam menandakan waktu lunch time.. Ok, lepas je golongan-golongan tu, kitorang pun masuk laa.. Ek eleh, sangkut lagi kat notice board.. Memasing buat gaya-gaya khusyuk membaca konon, padahal motif... Semua tak nak masuk dulu kan, at last, dijemput masuk.. Haa~ baru berebut ko nak masuk..

Aku turn ke-2 lepas kawan yang sorang tu.. Sejuk-sejuk rasa buku lali bila di'spray' dengan cecair entah laa apa namanya.. Pastu letak kaki dalam scanner tu dan lepas tu, dah siap.. Siap dapat test Anlene free lagi... Hahahah..

Ok, result aku tak laa teruk pun.. Masih di green zone lagi. 0.1 yang kena tanda pada zone hijau tu... Nampak tak...?


Kalau di bahagian emergency kat hospital, boleh dikatakan pesakit luar je.. Cehh, senyum dengan lebarnya.. Sayang tulang-tulang aku, masih sihat juga korang rupanya. Haa~ dapat test susu Anlene free lagi.. Eish, kalau bab-bab free ne memang best kan..

*P/S : Baiklah,di sini nak share sikit laa pasal penjagaan tulang.. Alaa.. Aku copy & paste je dari apa yang pemeriksa tu cakap..
  1. Amalkan meminum 2 gelas (susu Anlene)/ 4 gelas (full cream milk) setiap hari.
  2. Kurangkan pengambilan minuman berkarbonat, kalau nak minum teh/ kopi pun, jangan lebih dari 2 gelas sehari.
  3. Amalkan bersenam.

Bab bersenam ni, aku tak cukup pun 3 kali seminggu. Paling2 pun jogging bawah shower masa mandi. Bhahahahah.

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment