October 7, 2012

Cosmopoint International College Futsal Tournament..

Assalammualaikum...

Rasa macam baru seminggu tak update entry, tapi aku rasa macam dah sebulan. Banyaknya benda yang aku dah tertinggal ni. Maklum laa, lepas cuti seminggu. Minggu ni, buat assignment minggu lepas, dengan minggu ni sekali. Ni laa akibat siapkan assignment last minute punya pasal. Semua jadi berlambak. Yang ni tak boleh dijadikan contoh. nerdBertapa laa aku di bilik nanti menyiapkan assignment tu. Sibuk2 aku pun, sempat jugak laa juma someone last friday. Jalan-jalan, makan-makan. Yeahh...

Sabtu lepas pulak, ada kolej aku punya futsal tournament. Anjuran kolej, bertempat di Arena Futsal Yayasan Sabah. Besar jugak court sini. Tapi tak best sebab female team ada 4 je. Penat jugak laa nak lari dalam court besar camtu. Ini event futsal anjuran kolej kali ke-2 dan kali ke-2 jugak laa kami dapat first place. Yeahh...

::Lokasi pertandingan... Bukan dalam bangunan ne pun, tapi area-area sini laa..^__^::


::Antara supporter yang hadir...::

Court. Sebelah court lelaki dan sebelah court pempuan.

Gold again.. Yeahh

Ni kejohanan futsal tertutup, so memang student kolej aku je laa yang attend. Best bila dapat team yang best. Dan player team aku memang best, dengan striker, kawan rumah dan kawan satu course aku. Best laa dorang. Heheheh.

♥kieyuka-hanie.blogspot.com♥

No comments:

Post a Comment