September 21, 2012

Balik Labuan lagi lepas baru seminggu balik cuti...

Assalammualaikum...

Rasanya baru seminggu lepas aku balik dari Labuan dan minggu ni aku balik lagi sebab ada temuduga. Minggu lepas tu pun aku balik sebab nak bercuti. So, memang kali ni nak balik lecturer aku pun tak bising sebab ada alasan yang kukuh. Kali ni aku dapat panggilan temuduga Latihan Separa Perubatan lagi. Sebelum ni aku dah pernah pegi bagi Latihan Jururawat tapi tak dapat. Kesian. Nak masuk, nak study balik pun susah. Btw, adik2 lepasan SPM, jawatan bagi Latihan Separa Perubatan ni, kalau dapat korang akan masuk belajar kat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu dulu tau, bukan senang2 dapat terus nak keja. Kena study dulu.


Interview separa perubatan, tapi temuduga dibuat di Jabatan Tenaga Kerja. Tak tau laa napa. Mungkin pusat temuduga di beberapa lokasi negeri yang dipilih berbeza-beza mengikut faktor tempat kot. So, lepas kelas on friday morning hari tu, aku pun memulakan perjalanan balik ke Labuan. I ❤ Friday, sebab senang nak settle apa2 urusan. Macam kalau aku ada kelas sebelah pagi, sebelah petang dah jarang ada kelas, so kalau aku nak balik pun takde hal laa. Boleh je ikut bas ke Menumbok kul 12.30pm tu.

Interview aku sehari je, tapi aku ambik cuti sampai seminggu. Mengada2. Kononnya nak buat preparation laa. Nasib baik laa time ni tengah study. Kalau tengah keja, mesti boss tak nak consider punya. Its your interview, not mine. How you manage your time is your problem. Uisshh.. Kalau dapat boss mulut macam ni, memang aku tak tahan keja rasanya. Aku balik kali ni tak sorang, aku balik dengan kawan rumah, meskipun berbeza destinasi, tapi tujuan tetap sama. Nak ke stesen bas express. Hahaha. Sama tak Lynn? Lynn ni kawan rumah aku, dia pun nak balik ke Tenom hari tu.

Aku naik bas ke Menumbok dan akan naik feri pulak ke Labuan. Location bus station Kota Kinabalu, next to Mahkamah Kota Kinabalu & Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)

::Keep on reading this along the journey...::

Perjalanan ambik masa lebih kurang 3 jam. Lagi sejam setengah lagi nanti dalam feri, so, total, 4 jam kalau nak naik bas ke Labuan. Tapi, no choice, kena naik feri jugak. Aku dapat seat paling belakang, memang syok laa, sebab tinggi, tapi tak best jugak sebab kalau nak tido orang nampak laa. Lagi tak best kalau langgar bonggol jalan. Orang sebelah rilek je tido. Ni laa akibat kalau dah nak jalan baru nak beli tiket, dapat seat last. Padan muka. Nasib baik laa tambang masih murah lagi. Finally, sampai laa kat Victoria Island ni..

#First snap..

#Second snap..

Cantik tak Labuan? Kawan aku cakap cantik sebab dia suka pantai. Tempat dia takde pantai. Kalau sungai tu banyak laa. Takpe, nanti datang sini ea? Tapi Labuan panas sikit laa, sebab actually Labuan ni takde bukit tinggi2 macam kat Sabah. Labuan ni datar je sebenarnya. Mungkin kalau jumpe bukit pun just Bukit Timbalai, Bukit Kalam camtu je laa. Nama je tempat ada nama bukit. Tapi bukan ada bukit sangat pun..

So, holiday is begin again... Yeahhh...!!

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment