June 13, 2012

Awan Pelik Di Sabah... Ribut Ke Apa?

Dah 2 minggu bercuti dan masanya untuk aku balik ke KK untuk sambung semester balik.. Agak malas juga rasanya nak balik, tapi oleh sebab tanggungjawab sebagai seorang student... Aku balik jugak laa.. Laa~ Ne terpaksa ke apa... Anyway, dalam perjalanan balik tu, time dalam ferry.. Aku rasa kurang selesa jugak laa sebab ferry tu terasa macam terumbang-ambing.. Angin kuat sangat kot di luar tu...

Naik bas macam biasa laa.. Dan tempat yang biasanya aku akan request, seat dekat tingkap bas.. Senang sikit aku nak tengok kat luar... Kalau jalan jauh ne, aku lebih suka tengok pemandangan di luar tu berbanding layan movie yang ditayangkan dalam bas tu...

12.30pm camtu, aku pun sampai kat KK... Tengok langit dah gelap sangat, buat aku bergegas nak sampai ke hostel.. Aku pun tak tau laa.. Cuaca masa tu agak pelik dari hari lain... Anginnya.. Huu~ Tuhan je yang tau.. Lepas naik bas dari terminal bas, tak lama kemudian, aku pun sampai depan gate University Apartment 2.. Cepat, cepat... Lari... Baru beberapa minit aku sampai di rumah.. Hujan dah.. Lebatnya...

Esoknya tu, bila aku tengok paper.. Terpampang pulak gambar cuaca semalam tu di front page.. Tengok gambar, huuu~ memang menakutkan jugak awannya tu.. Dah macam nak jadi tornado aku tengok.. Isshh, harap-harap dijauhkan laa dari bencana-bencana macam tu.. ~Amin~

Ne aku ada dapat sikit gambar pasal awan tu dari blog-blog orang lain... Boleh laa tengok-tengok jap...




♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment