May 28, 2013

Kedegilan Kaki Korang...

Korang pernah terjumpa dengan orang yang degil tak? Mesti stress giler jumpa orang camni kan? Yang langsung tak nak terima cakap engko... Stress tak? Stress tak? Haha... Korang percaya tak kalau aku cakap yang kaki korang lagi degil? Sampaikan telunjuk ko pun dia tak nak ikut... Percaya tak? Sila laa percaya... Ohohoho...


Ok, cuba korang buat benda yang aku cakap ni.. Eh, korang tengah buat apa sekarang? Kalau tengah duduk2 lepak depan laptop ke, eh...tak layan laa laptop kan... Semua pun dah guna smartphone, tablet bagai... *Caution, jangan cuba benda ni masa driving ok...


Ok, dah ready tak? Kita mula dengan kaki kanan.. Yang tengah duduk2 sambil baca ni, silakan angkat kaki kanan sikit eh, tak yah angkat tinggi sangat... Yang guna skirt mini, cover sikit... Dah buat ke? Ok, now cuba putar2kan kaki korang ikut arah jam... Dah buat? Elehh, rilek.. Simple je kan.. Korang tunggu lagi next step...

Dah. Senang je nak putar kan? Now, korang buat pula nombor 6, dengan jari telunjuk, tulis kat udara sambil kaki masih putar ikut arah jam... Dapat buat tak? Cuba tengok kaki korang bila buat camtu, tak tentu arah dibuatnya kan. Nampak tak yang kaki korang sememangnya degil? Boleh cuba kat kaki dan tangan kiri jugak.

Ok, actually ni cuma test kecil, nak uji kelemahan manusia dan terima laa, sebagai manusia, kita ni tak lepas dari kesalahan dan banyak kelemahan. Tapi yang lemah bukannya terus2 akan lemah, disisi lain, ada kelebihannya. Senang hati tak baca ayat camni? Hahah..

Ok laa... Itu je untuk entry ni k... Kang boleh arr korang uji kat kawan2... Biar berbelit2, tak tentu arah dorang jadinya. Jahat.... Tak baik tahu...

Thanks for visit here....


♥kieyuka-hanie♥

May 22, 2013

School Break, bukan Prison Break..

Cuti datang lagi yea adik2.. Mesti dah banyak planning korang kan? Nak bercuti ke sana, ke mari, terbang ke sana sini ala-ala wondergirls. Nak buat tu, nak buat ni, hangout dengan member, sembang dan gelak kuat2 sampai jam 3 pagi. Eh? Ada jugak ke yang sampai camni? Rilek laa, school break je, bukan terbebas dari segala-galanya pun..

Citer pasal school-break, kalau pangkat iolls ni tak panggil school-break dah, weolls panggil term-break/ semester-break, pasal apa, standard laa kononnya, lepas dah dari ayat sekolah2 nih. Adik aku dah macam set dalam kepala dia, 'yeah, cuti ni boleh main game puas-puas'. Dan tersengih2 buat muka Spongebob.



Bila cuti je, mesti banyak orang kawin laa, majlis bertunang laa, majlis tu, majlis ni dan segala jenis majlis yang ada. Semua nak buat masa cuti. Asal? Hari lain tak boleh ke? *Dah tu, kalau ko buat hari Isnin masa tak cuti sekolah, sapa nak pi kan... Dah laa banyak yang suka post kat Facebook, "I HATE MONDAY' bila tiba je hari Isnin. Aku pun tak tau apekeheinya si Monday ni dorang benci sangat sampai tahap mention kat FB* Ada laa pulak dapat invitation dari beberapa kawan, jemput ke majlis kawin. Create event kat Facebook then, invite2 je siapa2 yang berkenaan. Canggih uolls, dah tak pakai kad2 gitu.. *Actually, kalau dapat kad nampak lebih special kot...* Jeles pulak kite nengok orang yang invite2 camtu, iolls nih bila lagi? Hohohoho... Lama lagi kot... Belum tiba waktunya... Ahaks!

Kalau masa aku kecik dulu, biasanya kalau cuti sekolah, Big Boss (my dady laa...) akan bawak balik kampung. Bukan selalu, kadang-kadang laa. Dan di sana laa akan mula segala aktiviti. Yang paling aku suka, ambik basikal tua, *can u imagine that..* masa tu dalam umur 8 tahun laa. Baru Darjah 2. Dah basikal tu besar dari aku, nak jugak try bawak. Dah tu main basikal tengah2 matahari dok bertenggek straight atas kepala, tak ke hangus engko dik, panas2 nak main basikal. Jatuh dah beratus kali, langgar pokok bunga sampai tak sempat bunga2 tu nak blooming, Itu budak zaman2 aku laa. Kalau sekarang tak yah citer, confirm kuar gi travel jauh2, tak pun hangout dengan kawan and so-whatever it is. Rindu pulak nak jadi kecik balik. Nak pinjam terowong masa kat Doraemon laa. 

Schoolbreak, schoolbreak jugak. Tapi mesti ada yang ambik SPM & PMR tahun ni kan? Tak jauh, adik aku pun ada yang ambik SPM & PMR tahun ni...  Hope u guys tak enjoy sangat. Study is the first right. Cuti tu, lepas dah habis exam leh laa cuti puas2. Ko nak layan Spongebob sampai ke pagi pun takde hal. Tapi jangan laa kan, kang mata bengkak jadi macam mata panda, hodoh benor nak nengok. Hahaha~

Thanks for visiting :)

♥kieyuka-hanie♥

Temuduga SPA8 :: Pembantu Antidadah S17

Baru-baru ni, tak silap dalam bulan April lepas, ada temuduga bagi jawatan ni kat SPA kan? Haa~ siapa ada attend tu? I'm sure banyak kan.. So.. Camne korang? Nervous tak? Hahaha... Ada yang dah berhabis nak hafal skrip kat rumah tapi bila sampai depan penemuduga, sepatah dari skrip tu tak keluar pun kan? Ecehcehcehceh....

Senanya segan jugak nak post balik2 pasal interview ni, tapi gatal jugak tangan ni nak share bebenda camni. Tambahan pulak tu, aku tengok visitor untuk tips temuduga ni dapat sambutan ramai walaupun uolls tak tinggalkan jejak sehingga anda sukar dikesan, silent readers. Tapi takpa, aku tetap nak cakap thanks laa u guys, baca2 jugak entri pasal benda tu.



Cerita pasal temuduga ni, dalam bulan lepas laa, aku attend interview untuk jawatan ni. Tapi, interview aku untuk jawatan ni ada kesulitan sikit. Haa~ ni nak bagi info sikit yea adik2. Sekiranya korang alami situasi macam aku ni, atau situasi yang ter-list kat bawah ni...
  • Dalam bulan, hari dan waktu yang sama korang dapat lebih dari satu interview...
  • Tak dapat hadir ke pusat interview dalam surat panggilan cth: interview ko kat Sabah/ Semenanjung tapi masa tu ko tengah belajar kat Semenanjung/ Sabah
  • Korang keja sementara, tak dapat apply cuti untuk tarikh tu...
  • Atau lain2 masalah yang menyebabkan korang tak dapat datang pada tarikh interview..
Problem aku yang teratas sekali. Bagi memudahkan korang untuk tetap hadir interview walaupun ada kesulitan, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ni ada menyediakan kemudahan menukar masa dan tempat temuduga. Baik kan SPA ni. Senyum sikit. Korang cuma perlu emelkan kepada mereka :

Salah seorang dari pegawai ni, tengok jenis interview apa yang korang nak tukar tu.. Juga butiran di bawah :

:: Nama Penuh ::
:: No. Kad Pengenalan ::
:: Nama Jawatan ::
:: Tarikh & Masa Asal Temuduga ::
:: Tempat/ Pusat Asal Temuduga ::
:: Kod Urusan ::

Dah send semua, tunggu dorang reply. Korang boleh jugak guna kaedah ni untuk tukar masa temuduga dari pagi ke malam. Tu bagi sesiapa yang kerja pada sebelah pagi laa (cuma ada untuk lokasi interview tertentu)

So, dah sampai separuh dah ni, pasal temuduga tu tak sentuh lagi.. Tak yah worried siap buat kerut2 kat dahi sangat laa. Semua interview tu sama je, yang lain2 cuma jawatan, soalan yang akan ditanya dan penemuduga tu je. So, rilek.

::Interview::
Untuk jawatan ni, apa yang ko kena prepare, of course macam biasa, pasal jawatan, tugas2 yang ni kira memang common sense sangat laa kalau nak interview~ pastu, kena tahu ada berapa banyak pusat AADK kat Malaysia, paling terperinci pun kat tempat ko tinggal je, kalau kat Sabah, dorang tanya ada berapa agensi AADK di Sabah, pastu letak kat mana. Senang bukan? Alaa~ ko dok depan laptop, buka je Portal AADK tu, terpampang semuanya kat sana dik....

Bagi sesiapa yang dah lepas interview ni, goodluck laa, harap2 dapat laa yea. Dapat jugak korang berbakti, bantu membanteras kegiatan dadah di Malaysia nih. 

Thanks for visiting here :)

♥kieyuka-hanie♥

May 21, 2013

Lawatan Peribadi ke Muzium Sabah [Part II]

Assalammualaikum...
Benda tak habis cerita lagi. Sebelum ni dah cerita sikit pasal Muzium Sabah ni. Sekarang nak sambung cerita lagi pasal Kampung Warisan kat Muzium Sabah ni. Dah macam slot akasia TV3, ada part2. Heritage Village ataupun Kampung Warisan ni terletak dalam kawasan Muzium Sabah ni jugak. Memandangkan di Sabah ni ada lebih kurang 20+ suku kaum, (tapi di Sabah takda istilah Orang Asli ok..) Wajib ni nak mengenali suku-suku kaum nih.

Heritage Village

Laluan masuk ke Kampung Warisan.. Agak adventurous buat yang malas nak masuk hutan,
but sangat awesome buat orang macam kita yang suke nature...:D

Hanging Bridge, macam Canopy Walk kat Poring, Ranau..

Actually, other than hanging bridge ne ada alternative way jugak untuk ke seberang sana. Tapi saja nak feel2 hanging bridge. Dari laluan pejalan kaki, yang aku maksudkan alternative way tadi, ada pulak sorang budak ni jerit,

"Mak!! Mesti ada buaya dalam kolam ni kan..."
Macam nak je aku jerit balik kat budak tu cakap...
"Adik, ni muzium, bukan Taman Buaya Sandakan..."


Kampung Warisan...




 Rumah Pekebun Cina





Rumah Brunei..



Ni laa kampung warisan tu... Rumah setiap suku kaum pun ada. Tapi nampak macam lebih kurang je kan. Traditional gitu... Dan ada pulak yang under maintenance, so tak dapat laa nak jenguk rumah2 yang under maintenance tu.

Korang tahu kan yang Malaysia ni ada suku etnik yang pelbagai, macam kat Semenanjung, ada yang cakap pakai loghat memasing tu, kat Sabah pulak kira lebih kurang macam tu, tapi dorang ada bahasa ibunda masing2. Sama macam kat Sarawak. Malaysia is awesome right? Negara mat saleh awesome tak? Awesome bab buildings & technology laa.. But dari segi bahasa tak awesome sebab dorang majoriti speak English.

Maka tamat laa, lenguh kaki aku jalan sehari suntuk tahu! Kan best kalau dapat pegi spa terus.. 

Thanks for visiting! (Kata orang muzium kepada readers :D)


♥kieyuka-hanie♥

May 12, 2013

Lawatan peribadi ke Muzium Sabah [Part I]

Assalammualaikum...

Title dah bajet VIP gitu. Senanya hidup aku tak laa boring dan tak laa hyperactive sangat. Ala kadar je laa kononnya. Outing sometimes, shopping sometimes, makan kat luar sometimes dan semuanya sometimes. Tapi bila dah duduk terperap menyiapkan final project kat rumah everytime tu kekadang rasa macam stress tu dah nak exploded je kan. So, bagi mengurangkan tahap yang dah nak exploded tu, planning laa nak jumpa kawan lama.

Actually kan, kawan lama yang aku maksudkan ni is my ex-classmate time sekolah kat Sabah dulu. That means before I moved to Labuan laa kan. *FYI, Labuan is an island like Pulau Langkawi & Singapura* Pasal apa iolls nak bagitau, sebab kekadang ada jugak orang yang tak tahu Labuan ni letak kat mana. Sudah pasti laa dalam Malaysia kan. Dah nama pun letak bawah Wilayah Persekutuan.

Before this kitorang jumpa last 2 months laa kalau tak silap. Just jalan-jalan, watch movie and so on. Tapi kali ni planning nak pegi Zoo Lok Kawi. But that planning was cancelled disebabkan weolls takda transport sendiri. Tempat tu jauh and kalau pegi sekadar 2-3 orang off course tak best kan. Nak jugak pegi ramai2. Memandangkan kebanyakan kawan aku dah kerja, jadi planning tu terpaksa postponed duu ke tarikh lain.

So, kali ni kitorang decide nak pegi lawat Muzium. Eceh, nak menyingkap kisah lama kononnya, sebelum ni pernah jugak pegi dengan classmate aku ni ikut rombongan kelab. Tu pun 8 tahun lepas nok! Lama dah kan.


Weolls tak bawa kereta ok, jadi kena jalan masuk ke dalam lebih kurang 50m. Ada dua jalan, jangan salah masuk pulak ke Jalan Kesihatan.

Senibina masih macam 8 tahun lepas. Cuma cat je kot yang berubah..

Entrance fee tak mahal.. RM2 je, but RM15 untuk tourist, free untuk budak sekolah, so, ada planning nak masuk guna baju sekolah tak? :D

#gambar dah blur kan..heheh#

Ne laa dia classmate 8 tahun lepas... Hohoh

Ne pulak housemate yang aku bawak sekali... Orang jauh ok.. 

Kat belakang dia tu, keretapi lama yang pernah digunakan kat Sabah dulu. Haaa~ korang tak nampak lagi keretapi lama kat Stesen Keretapi Sabah. Feel antik2 gitu..

Kereta antik. Comel yang kaler biru tu kan! 

Sayang sekali, dalam muzium ni tak boleh ambik gambar. So, kitaorang pun cuma boleh begambar kat luar2 je. Tapi dalam muzium ni best tahu, ada banyak artifak. Paling horror u know what? Pernah dengar pasal head-hunting tak? Banyak cerita pasal head-hunting ni kat sini. Tengkorak kepala manusia, pedang yang digunakan untuk head hunting and so on. So, bagi uolls yang belum pernah melawat Muzium Sabah, dipersilakan datang sebab korang takkan rugi punya!

Thanks for reading..

♥kieyuka-hanie♥

May 9, 2013

Samsung Galaxy ACE 2 hanya ada di Singapura?

"Nampak benor tipunye..."

Tapi bukan aku yang cakap ok. Ada sorang salesgirl kat kedai tempat aku nak beli phone tu cakap, Galaxy ACE 2 hanya dikeluarkan untuk pasaran Singapura. Hohh~ nampak benor engko nipu yea. Aku baru je dari kedai sebelah nampak model tu, boleh pula dia cakap model tu takda jual kat Malaysia.

Senanya ni adalah gift dari my Mr.Angry Bird Eh, why laa aku bagi nama yang seterok itu. Tak laa, senanya kan, aku pun tak tau sejak bila aku panggil dia dengan nama tu. Tup, tup, bila nak mention dia, mesti akan ter'mention' dengan nama tu. Teruk, teruk. Well, dia tak marah pun, jadi aku main redah suka hati aku je nak panggil camtu.

So, dipendekkan citer, weolls pun round2 laa nak cari phone yang boleh memuaskan hati masing2. In the same time, both of us laa yang nak beli tu. Untung laa kedai mana yang dapat pikat hati aku pada hari tu. Hahaha. Aku ni suka main pilih design phone tu. So, dapat je yang comel macam ACE 2 ni pun dah mampu memikat hati aku. Apa lagi kalau edition La Fleur. Flourish2 gitew.

Addicted aku terhadap benda-benda comel ni memang sukar dibendung. Apatah lagi bila phone yang aku nak beli tu disertakan sekali dengan flip-cover kaler pink. Dan price dibawah RM800. Save tak?


Agak cantik for me, saiz pun lebih kurang macam S3 Mini

Feature ACE 2 ni pun lebih kurang macam S3 Mini tu. Sama laa, kamera pun 5MP.

Memang laa comparison-nya, S3 Mini guna OS Andriod OS, v4.1 (Jellybean) dan ACE 2 pulak Android OS, v2.3 (Gingerbread) but it is upgradable to v4.1.2 (Jellybean) jugak. Haa~ lumayan tak? Kecik-kecik jangan disangka tak cun ekk..

Dan untuk Mr. Angry Bird pulak, dia just pilih Galaxy S Duos memandangkan dia ne memang nak cari phone yang boleh guna dual-sim. Senang kerja katanya. Phone tu pulak bagi dia satisfied laa. Dah feature pun lawo. U menang bab RAM laa ok. Dan timbul laa niat jahat aku nak tukar kononnya. Hahah~ tak laa. Tak baik tahu. 

Menjadi pilihan dia.. Jeles sikit iolls... Ngeee~

Tapi function lebih kurang sama je pun. So tak payah nak dengki2 tahu. Iolls tak dengki laa sebab handset aku dah tukar themes kaler pink. Hahaha. 

Ni photo yang aku ambik guna ACE 2, but guna software Camera 360 saja untuk dapat effect camtu..

Puas hati jugak kan. Harga yang memang reasonable with function yang lebih kurang sama dengan smartphone lain. Phone ne ada dalam 3 kaler. Black, white and white (La Fluer). Kalau nak yang flourish2, ambik laa yang La Fleur. Tapi aku tak jumpe pun. Bhahahah. Kesian. Ke aku silap? Macam design untuk S3 Mini je tu. Hmmm.


Yang nih pun comel jugak, tapi bertuah laa siapa yang sempat grab yang nih. Untuk info lebih pasal smartphone2 ni, korang boleh laa cuba survey2 kat sini GSM Arena. Boleh buat review, tengok specification pasal handset lain, boleh buat view angle 360 dan buat comparison about handset yang korang nak beli dengan specification yang lebih details.

♥kieyuka-hanie♥

May 2, 2013

Final project as a graphic student

Aku rasa macam dah sebulan tak jenguk blog. Tapi bila login balik, cehh~ baru je hampir two weeks. -__- tu pun nak kata lama sangat laa kononnya. Well, well, well. Nampaknya, entry pasal temuduga2 semakin 'hot' buat masa ni. Biasa laa kan, ni kan musim temuduga SPA. And I guess pelawat2 yang tanpa jejak tu majoritinya dari adik-adik yang baru lepasan SPM kan? 

Thanks laa yea yang datang2 jenguk meskipun tanpa sebarang jejak. I appreciate it sebab aku tulis entry camtu pun just nak share pengalaman. Kot2 berguna untuk adik-adik kita kan...

Well, these few weeks memang terasa busy sangat2. (I'm not businesswoman, not a teacher nor a housewives) Housewives? Kita not yet married lagi ok. Busy dengan assignment yang belambak and course-work yang semuanya end up with final project. Tak ke bengang nak kena buat semua dalam masa yang agak singkat? Nak menghirup teh segelas pun tak leh nak lama-lama tahu. Bila tengok assignment housemate aku (budak bisnes) nampaknya aku lebih rela nak buat proposal tebal-tebal berbanding sketching banyak-banyak. (Sebab aku suka typing, but tak bermaksud yang aku akan jatuh cinta dengan kerja sebagai kerani. Cuma saje je suka dengar bunyi keyboard ni bila kita taip laju-laju.. Hohoho..) And that's why jugak laa I end up with a blog. Finish.

Tadi aku cerita pasal course-work kan. Dah melarat pulak yea sampai minat, hobi dan sebagainya~ Habits yang aku pun tak suka sebenarnya. Tolong laa~ ada tips tak nak kurangkan habit nih?

As a graphic student, benda nih laa yang weolls akan selalu buat..

Sketching banyak-banyak (setebal buka sketching tu laa kena buat olahan idea)

Design banyak-banyak...

3D Modelling cantek-cantek...

Kena lukis pakcik ni cun-cun, hahaha...

Ni baru sikit. So, memang mind-adventurous jugak laa course nih kan. Disamping nak bagi new fresh idea, nak buat kerja2 nya tu lagi satu cabaran. But I love course that I took for Diploma nih jugak laa. Sebab semuanya guna idea sendiri. So, apa2 pun yang engko nak bagi, its depends on you laa. Asalkan ada description yang jelas dan memuaskan.

Bagi adik-adik yang lepasan SPM yang masih mencari kat mana nak study, if uolls rasa macam ada instinct2 uolls nak join benda camni, try to survey2 pasal course ni, sebab tak kenal course uolls, takkan buat uolls jatuh cinta with it kan3.. Haha

Here a few links uolls can visit :
Thanks for visiting here!


♥kieyuka-hanie♥