March 27, 2013

[Product Review] Ginvera Nutri White

Assalammualaikum...

Memang tak dapat dinafikan, perempuan ni, rata-ratanya semua produk kat TV dia nak cuba kan. Nampak produk tu kononnye berkesan bila duta yang guna produk tu kulit putih melepak bak mat saleh. Gojess dengan kulit yang lembut dan gebu bak kulit bayi. Ko tak tau lagi dorang dah berhabis setting lampu studio, makeup, editing semua laa. Hahaha, kawan aku ambik bidang broadcasting, so tau laa serba sikit dorang buat iklan TV tu canne. Lagi satu, mostly duta yang dorang bagi pakai produk dorang tu memang laa dah cantik, dah memang gebu kulitnya. Kitorang ni? krik... krik... krik...

Tapi, itu bukan laa jadi penghalang korang nak cuba produk lain. Selagi tak bagi side effect dengan kulit, selagi kulit korang boleh menerima dengan baik, cuba je laa. Tapi ingat, jangan gunakan dua produk yang berbeza dalam satu masa. Gunakan asing2. Nanti tak pasal2 dapat masalah keradangan pada kulit pulak.

source : Ginvera.com
Ginvera Hydrasoft Refining Toner & Marvel Gel
Yang ni pulak jumpa kat Guardian, tu pun tinggal 2 je lagi, nasib baik sempat grab one..

Seriously, memang susah nak cari one-set produk ne kat sini. Watson pun just jual toner and marvel gel. Erggh. Ini tidak adil!
Apa kebaikan produk ne?
  • Ginvera Hydrasoft Refining Toner - ni enriched with natural White Tea Extract, Licorice Extract, Vitamins C (tak payah nak suntik lagi laa..) dan Vitamin E. Toner ni jugak di'blend'kan dengan Biogel yang bantu peredaran darah dan oksigen (eh, ada jugak benda macam nih..) dan lagi satu, meng-hidrate-kan kulit uolls serta mengecilkan pori-pori (ada bunyi macam pari-pari jugak kan..)
  • Ginvera Marvel Gel - Marvel gel ni pulak diguna untuk mengelupaskan kulit-kulit mati. (Mati ke tidak, aku tak perasan pun..) Gel ni lembut je bila nak pakai, takda laa macam exfoliate gel yang penuh serbuk like pasir laa bagai kan. Gel ni uolls boleh jugak gunakan untuk tanggalkan mekap, sebagai ganti makeup remover laa kan.
  • Ginvera Hydrasoft Cleanser - dan yang ni pulak, kaya benor dia dengan ramuan Ginsengnya. Aloe Vera pun ada. Best choice laa bagi yang ada masalah kulit. Sebab, biasanya, pencuci muka yang ada banyak bahan kimia tu pun boleh bagi kulit uolls tambah meradang lagi tau.
Ada banyak lagi sebenarnya produk yang guna natural ingredients ni, yang penting kena rajin baca je laa ramuan kat belakang packaging tu. Yang terbaik untuk kulit sendiri jugak kan...:)

♥kieyuka-hanie♥

March 16, 2013

Kita hidup dengan penyakit ALASAN...

Assalammualaikum...

Siapa yang tak pernah bagi alasan? Mesti semua orang pun pernah kan? Lepas bagi alasan tu korang rasa apa? Lega? Senang hati? Ataupun tak merasa apa-apa? Ni dah kronik ni. Better go to buat some examination untuk hati korang laa ye bagi yang tak merasa apa-apa? Wah wah.. Semenjak aku baca buku 'The Magic Of Thinking Big' tu, dah macam mencurah-curah idea aku nak post kat blog ni. So, jangan heran bila dalam masa seminggu ni aku asyik post pasal self-motivation je ea..

Pernah tak korang memberi pelbagai alasan? Kalau bab bagi alasan ni, memang dah puas aku dengar, dari laa zaman budak-budak, ke zaman persekolahan until now laa. Aku rasa laa kan, mesti cikgu-cikgu pun dah naik fed-up. Pasal apa, tiap tahun, bila masuk kelas, tanya 'dah siap homework tak?' Masing-masing dah siap hafal alasan dalam kepala kan? Hee~ so, tak heran laa mengapa kita hidup dengan penuh alasan, sebab dah memang kita membesar dengan 1001 alasan kan.

Alasan ni sebenarnya penyakit tau. Ni penyakit yang paling kronik sekali. Kalau tak dirawat, dia akan makan sel-sel ko dan ko masih terus hidup laa jugak. Tapi..... Hidup dengan alasan! Sanggup ke? Orang pun tak sanggup nak dengar alasan-alasan tu, bagaimana pulak ko boleh sanggup tinggal dengan alasan tu? 

Orang yang hidup dengan pelbagai alasan ni sebenarnya membosankan. Sebab apa, bila ditanya itu dan ini, dia akan berusaha dan terus berjuang untuk hidup dengan alasannya. Macam mana tu? Sanggup tak? Bagi bos-bos besar, sanggup tak ada pekerja yang banyak alasan? Bila ditanya kenapa kerja tak siap, dia boleh bagi alasan dari A sampai Z. Akhirnya, bos sendiri yang terpaksa angkat bendera putih daripada terus dengar alasan tu. 

Bagaimana pulak dengan anak yang mempunyai ibu bapa yang banyak alasan? Mesti bosan jugak kan. Mana tak bosan, asal kita cakap ni, mereka cakap tu. Berbeza pulak dengan ibu bapa, ada anak yang banyak sangat alasan. Ko nak ceramah motivasi kat dia sekalipun takda maknanya, melainkan nasihat dia dengan cara yang lebih drastik. Pendek kata, semua orang pun akan memberi alasan. Takdanya orang marketing yang takda alasan, doktor, saintis, angkasawan, tukang masak, penjual VCD haram pun ada alasan tersendiri tau! Yang berbeza hanya laa samada alasan itu negatif atau positif. Itu je. 

Kalau nak bagi alasan pada diri pun, cari laa alasan yang positif dan boleh membina diri. Bukannya alasan yang ko nak tinggal copy and paste je dari last-last year lagi. Contoh laa, kalau ko ni tak laa bijak sangat dalam akademik ke apa, mesti ada yang bagi alasan, mak ayah susah laa, takda masa nak study laa, takda otak macam Einstein laa dan sebagainya. Macam mana nak maju kalau ko sendiri yang nak jatuhkan diri ko. Dah tu, bila jatuh, salahkan orang lain. Come on friends, rezeki takkan datang bergolek. Pernah dengar tak ayat tu? Kalau sentiasa hidup dengan alasan mengapa kita gagal, sudah tentu kita takkan pernah nak merasa pun erti kejayaan kan? So, stop and stay away from this habits yang suka nak bagi alasan dan together-gether laa kita cuba untuk ubah diri ke arah yang lebih baik okai!. Salam sayang you all :)

♥kieyuka-hanie♥

March 15, 2013

Thinking BIG, BIG & BIG...

Assalammualaikum...

Meskipun pada hakikatnya aku ni jenis yang tak suka nak baca buku tebal-tebal, tapi kadang-kadang rasa macam nak sangat kumpul buku banyak-banyak. Kalau nak cakap novel, tanya laa aku, confirm aku tak tau. Bhahahaha.

Bukan laa aku malas nak membaca sebenarnya, but kekadang tengok jenis buku jugak. Kalau buku pasal self-motivation, emm tu mungkin aku baca kot, bergantung pada tajuk jugak laa. And dengan jasa baik Kerajaan Malaysia kita yang telah memberikan Baucer Buku 1 Malaysia kepada semua pelajar IPTA/IPTS, dapat laa dimanfaatkan untuk tambah ilmu korang kan! Ada setuju? Ke~~ korang habiskan untuk membeli segala gadget dan benda-benda yang kurang bermanfaat? Hehh~ mesti ada jugak kan? Well, terpulang kat individu laa jugak kan macam mana nak manfaatkan benda tu.

So, kalau aku pulak, baru petang tadi keluar jalan-jalan dengan course-mates. Tambahan, nak cari buku jugak laa. Jalan punya jalan, searching punya searching, aku pun terjumpa laa dengan buku ni. 

Think BIG, BIG & BIG!! You'll be great!

Baru nak baca ok. Macam best je kan. Yang ni edisi BM. Cari yang English takda pulak. BM pun BM laa... Janji leh baca...:) Salah satu topik yang aku tertarik, "Pulihkan Diri Kita Dari Penyakit Alasan". Haa~ kaww kaww tak topiknya. Memang ada dalam diri semua orang kan? Tak kira student, cikgu, pemerintah, rakyat, dan yang paling banyak alasan, budak-budak laa. I admitted it sebab aku masa kecik-kecik pun camtu.

♥kieyuka-hanie♥

March 10, 2013

Love the nature, be mother-nature

Assalammualaikum...

Seperti entry lepas, aku ada mention yang aku nak buat something to appreciate living in hostel kan? So I've decided to beli bunga. Bunga ni kira boleh jadi bestfriend kita laa jugak kan? Sebab apa, manusia dan tumbuhan saling memerlukan kan, betul tak? Kita bagi diorang carbon dioxide, plants pulak bagi kita oxygen. Macam ni laa nak appreciate something. Sharing is caring right?

Jalan punya jalan, nak cari bunga laa katakan, I pun beli bunga ni. Nama glamournya chrysanthemum. Cantik tak? Cantik tak? Hahaha.. Mengada laa sangat! I love it jugak laa. Color pun cantik, ala-ala sang suria gitu, cehhhh~ But actually I nak beli color putih sebenarnya. Tapi memandangkan color ni yang tengah berkembang dengan mekarnya, so, beli je laa yang ni.


Dengan meletakkannya di tepi tingkap, nampak sikit laa benda yang segar-segar bila bangun pagi. Nak letak dekat tingkap bilik sebenarnya, tapi memandangkan takda tempat nak letak, space pun kecik. Kalau jatuh ke bawah, free free orang bawah dapat bunga secantik ni. Dah kira membazir jugak tu kan!



I dah nampak mother nature tak? Hahahahah...... Baru buat benda camni dah nak kecoh-kecoh. Orang yang nak baca pun jadi boring kan? Rilek uolls. Aku saja nak update bebenda camni. Nak bagi korang pun belajar to jadi baik terhadap alam sikit. Macam orang cakap, sharing is caring, kan kan kan....!

♥kieyuka-hanie♥

March 2, 2013

Actually, who's wrong?

Others doesn't care about you anymore?
You just don't know either it was your fault or not..
You just don't know either they are still there for you or not..
And you just don't know either that things that you called it friendship is still on or not..

But, from the other side, they're blaming you..
Saying that you're the one whom let that relationship abandoned..
Saying that you will never be there for them..
Saying that you're busy with your own life..

Is that???
What else do you know about me?
Are you angel or what??
Keep on blaming others, looks like you are the one who's always be right?
Can you just stop pretending to be good?

You just don't know that the person will never forget you,
Will never forget that so-called "friendship"..
In the same time, when she saw you're just have a great moments with other's that you called it bestfriends,
She thought that she was just nothing for you anymore...
So, is that what you called it 'forever'? 
Talking nonsense..

There's nothing that you can called it forever in this world..
Dear friends.. 
Just keep this in your mind..
Friends doesn't need to be proven with daily message, chat, calling and so-whatever..
Friends is someone that may not forget you at all, and accept you just the way you are... :)

♥kieyuka-hanie♥

How to appreciate surroundings..?

Assalammualaikum...

Dah last sem baru nak appreciate something laa bagai~ Before this I tak macam ni pun. Bhahaha. Its not a joke anyway. Aku tak rasa pun yang aku tak pernah appreciate everthing that happen around me or about myself. But sesetengah benda mungkin aku tak berapa laa nak ambil kisah sangat. Boleh dikatakan I'm a loner. (Hey! I'm actually NOT!!) Ok laa. What is the thing yang aku nak appreciate sangat ni? Well, its about living. Tau tak apa benda yang kait mengait ataupun dikaitkan dengan benda ni? Ok, I'm living in a hostel. But its like my own home because its an apartment. Each unit ada 8 orang student sebenarnya but, now only 3 of us left here. You know why? Sebab the other two dah habis belajar and the other two lagi tak menetap di sini because they're living somewhere yang I don't know pun kat mana and yang sorang lagi dah married and will only be back to hostel once or twice a week.

Best tak camni? Its not okay! Really boring laa cause sometimes takda bahan nak citer so we all kekadang buat kerja masing-masing laa. And sometimes, keluar makan somewhere or tengok movie ke, or go to jalan-jalan somewhere. Maybe do some shopping or just window shopping. And the other days, I will be more prefer to terdampar kat rumah bagaikan ikan paus and hey! I started my painting again! Haaa~ Isn't that looks great? 

Ok, aku rasa macam nak do something laa before I leaved my hostel's life ni. What do you think? Apa benda yang aku boleh buat untuk appreciate moment living in the hostel hah? Adakah membela kucing? Ohhhh.. No, No, No! Actually, before this, sorang housemate telah cuba untuk memelihara haiwan ni kat rumah and you know what? I sensitif dengan bau-bau yang kurang menyenangkan ni, plus++ aku tak seberapa senang nak tengok something yang bersepah sangat. Of course laa I don't like when I saw its poops everywhere especially kat tempat jemur baju. Bila bau tu lekat kat baju, ohhh... I can't tolerate with it.

Adakah aku perlu memelihara hamster? Leptospirosis caused from makanan or minuman yang telah dicemari kencing tikus. Oh no! Maaf yea hamster, aku bukan saja nak sabotaj kehidupan ko ke apa. Tapi, bagi mengelaakkan something unpredictable to be happen, better not laa kan. So, apabila mereka-mereka ini telah disenaraihitamkan, you think apa benda lagi yang ok? Well, how about planting something can? Could it be nice??

Baik laaa. Nampaknya, I need to survey-survey laa kat tamu ground dulu. Mungkin ada benda yang I boleh dapat di sana kan.. Hohoho.. Can't wait for it. Nak ajak Mr.A jugak laa jalan-jalan. Mana tau dia ada idea yang lebih bernas kan. So,sampai sini je laa. Will update about perkembangan idea ni soon.

♥kieyuka-hanie♥