October 28, 2013

The Doctor's Show :: Kencing untuk rawat sengatan obor-obor?

Haii,
Biasa laa kalau pegi pantai kan.. Kadang-kadang ada musim jugak obor-obor ni banyak kat tepi pantai. Kalau nampak ada benda macam jelly2 besar kat tepi pantai tu, tak yah laa gatal jugak ko nak kacau. Dah tu, kalau nampak dah macam ada dalam air laut tu, tak yah laa pegi mandi. Senang kan? Nampak geli tak? Aku pun geli.. Eeee...


Obor-obor/ jellyfish ni ada banyak jenis tahu. Bukan satu jenis je. Benda ni nampak cantik bila dalam TV, nampak macam something glowing, macam nak try sentuh, bila dah kena sengat, nampak tak cantik dah, macam nak tumbuk pulak, eh.

Siapa yang pernah kena sengat obor2 ni? Masa aku umur 15 tahun dulu, pernah sekali laa aku kena sengat dengan benda ni, jalan dalam air dengan gaya2 ayu, *feeling orang desperate laa kononnya, miahahaha. Sekali kena sengat, fuh! Macam juara pecut lari pegi pantai. Hilang terus keayuan berjalan. Masa aku kena sengat dulu, aku tak tau pun canne nak rawat kan, aku lari pegi pantai tu, ambik pasir terus sapu cepat2 kat tempat tu. Balik rumah, bengkak macam kena simbah air panas. Bila dah tengok rancangan The Doctors tu baru tahu yang senang rupanya nak bagi First Aid bila terkena benda nih.. meskipun tak kesampaian nak jadi MA, tapi bab tengok benda2 medical ni memang dah jadi hobi. Boleh laa kan belajar sikit2. Senyum biri-biri.

Ok, doktor yang hensem tu cakap, sengatan obor-obor ni boleh buat First Aid sendiri. Kena standby je dalam picnic bucket benda2 nih, dan jugak dalam dompet anda. Apa benda yang dalam dompet? Kejap lagi aku gitau arr. 
  1. Cuka
  2. Shaving cream
  3. Apa-apa jenis kad (benda ni yang kena ada dalam dompet tu)
Cara nak rawat, cuma letak cuka untuk kurangkan rasa pedih tu, buka kaki obor2 tu. Guna apa2 benda laa yang boleh bantu untuk buka benda tu. Meskipun dah buka kaki obor2 yang korang nampak tu, sebenarnya masih ada lagi yang tersisa. So, lepas tu kena ambil shaving cream, letak kat tempat yang kena sengatan tu, ambik kredit kad mak korang, dan sapu krim tadi dengan kad kredit tu, kalau mak marah, cakap laa takkan nak guna shaver pulak? Kalau mak tanya siapa ajar, jangan cakap blog ni. *yang last part ni tak yah ikut.

Senang kan? Kalau bengkak tu masih belum kurang jugak, sila laa bawak ke hospital ye. Jangan biarkan camtu je. Ada tak yang pernah dengar kena sengat obor2, kena kencing kat atas tempat sengatan tu? Hahaha, seyes aku pun pernah dengar jugak pasal ni, dah tu takkan ko nak kencing pulak kan tengah2 pantai? Memang tak laa. :D
Ok, dah. Lepas ni tak yah kencing atas tempat sengatan obor2 dah.

Thanks for visiting.. ^_^v


♥kieyuka-hanie♥

3 comments:

  1. hahaha.... credit card sekarang ni terbukti banyak gunanyer...hahahaha :)

    ReplyDelete
  2. oohh..guna kad pun boleh ye. baru tahu. tq info nya ;)

    ReplyDelete

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.