June 7, 2013

Facial care ala Korean..

Mesti ada kalangan kita yang sanggup berbelanja besar untuk beli produk2 skincare dipasaran kan? Terutamanya kaum yang macam kita ni laa~ Haa~ kaum WANITA. Penggunaan huruf besar adalah disengajakan untuk highlight mata-mata kita. Haa~ Pantang nampak ada produk baru kat pasaran, gatal je hati tu nak cuba. Ye tak? Walhal tak tau lagi pun samada produk tu betul2 berkesan ke tak, ataupun ada kesan sampingan. Ah! Ni yang sedaya upaya cuba nak elakkan sangat2.

Disebabkan oleh tamparan K-Pop yang sangat hebat buat masa ni, influence dorang tu bukan saja pada muda remaja, yang budak2 pun tak kurang jugak gaya diorang kan. Ada yang kecik2 dah macam JD aku nengok. Nama rambang je, aku pun tak berapa nak kenal siapa mamat Korea ni, tapi tu yang selalu adik aku sebut2. Memang top sangat agaknya... Ada jugak yang sanggup nak habiskan duit gara2 nak dapatkan kulit ala-ala Korea. Is it good or bad influence? Ni yang kite musykil ni. *and I was thinking....*

Ok, tak payah susah2 nak buang duit banyak sangat pun, korang boleh dapat kulit yang cantik macam tu tahu. Asalkan tahu cara2 penjagaannya. Kena laa rajin~ Kalau yang seminggu sekali baru nak apply itu ini bagai, rasanya susah sikit kot.

Korean selalu dikaitkan dengan plastic surgery dan sebagainya. Rasanya dorang ada natural skin treatment tak? Ada jugak ok, biarpun dorang ni kebanyakannya dah jadi macam patung buatan manusia, tapi masih ada beberapa tips skincare dorang yang perlu kita tahu. Nak tahu tak? Tak susah pun.. 

1. Penghidratan

Orang Korea ni, dorang memang sangat2 percaya, minum air putih dengan banyak dapat membantu memberikan kulit yang sihat dan berseri. Dorang akan mula meminum air putih & membasahkan muka dengan air sejuk untuk beberapa minit. Dah, dah. Lepas ni takyah nak eksyen buat gaya2 spalshing water kat muka guna ais. Cukup guna air sejuk je. Dorang juga lebih suka makan sayur dan buahan juga mengurangkan pengambilan makanan yang ada banyak sodium. Kalau kat Malaysia, lebih dikenali dengan nama MSG. Tak faham? Monosodium Glutamate. Tak faham jugak. Baik laa. Biasa yang ada tulis kat paket, "Aji-Na-Moto" yang dah macam bahas Jepun, haa~ benda tu laa.

2. Cleaning, Toning & Mosturizing yang kerap


Langkah terbaik untuk penjagaan kulit yang lengkap ialah membersih, menyegar & melembap dan orang Korea memang suka buat steps ni kerap kali. Tapi takda laa sampai 10-20 kali sehari kot. 

Cleaning : Pernah dengar kaedah "424" tak? Suzy Bae guna kaedah ni tahu. First, cuci muka dengan almond oil/ cleansing oil selama 4 minit, diikuti dengan foaming cleanser 2 minit dan bilas muka selama 4 minit. Yang paling last, cuci muka dengan air suam diikuti air sejuk untuk menutup pori-pori kat kulit muka yang dah terbuka.

Toning : Untuk meletakkan toner, Korean lebih suka menggunakan jari berbanding facial cotton. Ini just untuk bagi penyerapan yang lebih sempurna. Jimat duit, tak yah nak beli facial cotton banyak2.

Mosturizing : Dengan menggeselkan kedua belah tapak tangan, produk yang digunakan akan menjadi lebih suam di jari-jemari dan bolehlah disapu pada muka korang.

3. Facial Mask


Guna facial mask bukan je dapat bagi kulit yang sihat, tapi ia juga membantu melancarkan peredaran darah kat muka korang. Tak yah beli yang mahal2. Selain guna facial mask kat pasaran, apa kata buat mask sendiri kat rumah. Cuma guna putih telur & campurkan sedikit madu. Lebih natural and non-toxic gitu kan...

4. Beauty Sleep


Tidur yang mencukupi, 6-8 jam alaa tomei2... bukan je membantu untuk tampil sihat dan bertenaga. Dah macam tengok rancangan Nona kan. Malah tidur juga membantu untuk memberi kulit yang sihat.

5. Senaman Muka

face exercises for women
Bukan badan je perlu senaman. Muka jugak perlu. Yalaa.. Otot muka perlu jaga jugak kalau nak nampak awet muda je gitu kan. Haa~ tak payah sebok2 nak cari alat senaman muka ke apa. Cuma gunakan mulut korang. Cuba sebut perkataan ni satu persatu "Ma Me Mi Mo Mu" diulang sepuluh kali. Nak sebut mesti sambil buat ekspresi muka tu, baru laa terasa otot 2 kat muka tu ikut stretching sekali. Buat kat bilik sendiri senang. Tak yah laa nak tunjuk buat ekspresi muka yang teruk2 tu depan orang lain.

6. Mekap


Yang ni khas buat orang perempuan. Biasanya mesti ada yang suka sangat mekap heavy2 macam nak pegi buat konsert je kan. Nak tampil cantik, tak yah nak pakai makeup heavy2 sangat. Korean people love to make their makeup simple. Some mascara and blusher maybe, dah cukup. And some lipgloss.

Rahsia sebenar kecantikan semulajadi orang Korea ialah, "Less Make Up, More Skincare". Cukup mudah kan.

Thanks for visit. ^_^

♥kieyuka-hanie♥

3 comments:

  1. Sorry akak sebab baru nk baca post akak ni even dari tahun lepas akak update post ni hehe. Tadi search dkt google pasal skincare ni then tetiba jumpa blog akak. Hopefully akak baca k comment saya ni hewhew ^^ Yg pasal skincare Suzy '424' tu, cleasing oil tu, org yang muka berminyak boleh pakai tak? Pls reply ><

    ReplyDelete
  2. Kalau cleansing oil rsenya xpe kot.. sbb biasany org guna cleansing oil utk bersihkan muke lps gune makeup.. ;)
    Tapi klau muka bminyak.. Bab krim muke tu laa kena cari yg sesuai.. Pencuci muka pun.. :)

    ReplyDelete
  3. Ohh okay okayy :) Thank you sbb reply hikhikk *peace*

    ReplyDelete

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.