May 22, 2013

Temuduga SPA8 :: Pembantu Antidadah S17

Baru-baru ni, tak silap dalam bulan April lepas, ada temuduga bagi jawatan ni kat SPA kan? Haa~ siapa ada attend tu? I'm sure banyak kan.. So.. Camne korang? Nervous tak? Hahaha... Ada yang dah berhabis nak hafal skrip kat rumah tapi bila sampai depan penemuduga, sepatah dari skrip tu tak keluar pun kan? Ecehcehcehceh....

Senanya segan jugak nak post balik2 pasal interview ni, tapi gatal jugak tangan ni nak share bebenda camni. Tambahan pulak tu, aku tengok visitor untuk tips temuduga ni dapat sambutan ramai walaupun uolls tak tinggalkan jejak sehingga anda sukar dikesan, silent readers. Tapi takpa, aku tetap nak cakap thanks laa u guys, baca2 jugak entri pasal benda tu.



Cerita pasal temuduga ni, dalam bulan lepas laa, aku attend interview untuk jawatan ni. Tapi, interview aku untuk jawatan ni ada kesulitan sikit. Haa~ ni nak bagi info sikit yea adik2. Sekiranya korang alami situasi macam aku ni, atau situasi yang ter-list kat bawah ni...
  • Dalam bulan, hari dan waktu yang sama korang dapat lebih dari satu interview...
  • Tak dapat hadir ke pusat interview dalam surat panggilan cth: interview ko kat Sabah/ Semenanjung tapi masa tu ko tengah belajar kat Semenanjung/ Sabah
  • Korang keja sementara, tak dapat apply cuti untuk tarikh tu...
  • Atau lain2 masalah yang menyebabkan korang tak dapat datang pada tarikh interview..
Problem aku yang teratas sekali. Bagi memudahkan korang untuk tetap hadir interview walaupun ada kesulitan, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ni ada menyediakan kemudahan menukar masa dan tempat temuduga. Baik kan SPA ni. Senyum sikit. Korang cuma perlu emelkan kepada mereka :

Salah seorang dari pegawai ni, tengok jenis interview apa yang korang nak tukar tu.. Juga butiran di bawah :

:: Nama Penuh ::
:: No. Kad Pengenalan ::
:: Nama Jawatan ::
:: Tarikh & Masa Asal Temuduga ::
:: Tempat/ Pusat Asal Temuduga ::
:: Kod Urusan ::

Dah send semua, tunggu dorang reply. Korang boleh jugak guna kaedah ni untuk tukar masa temuduga dari pagi ke malam. Tu bagi sesiapa yang kerja pada sebelah pagi laa (cuma ada untuk lokasi interview tertentu)

So, dah sampai separuh dah ni, pasal temuduga tu tak sentuh lagi.. Tak yah worried siap buat kerut2 kat dahi sangat laa. Semua interview tu sama je, yang lain2 cuma jawatan, soalan yang akan ditanya dan penemuduga tu je. So, rilek.

::Interview::
Untuk jawatan ni, apa yang ko kena prepare, of course macam biasa, pasal jawatan, tugas2 yang ni kira memang common sense sangat laa kalau nak interview~ pastu, kena tahu ada berapa banyak pusat AADK kat Malaysia, paling terperinci pun kat tempat ko tinggal je, kalau kat Sabah, dorang tanya ada berapa agensi AADK di Sabah, pastu letak kat mana. Senang bukan? Alaa~ ko dok depan laptop, buka je Portal AADK tu, terpampang semuanya kat sana dik....

Bagi sesiapa yang dah lepas interview ni, goodluck laa, harap2 dapat laa yea. Dapat jugak korang berbakti, bantu membanteras kegiatan dadah di Malaysia nih. 

Thanks for visiting here :)

♥kieyuka-hanie♥

3 comments:

  1. Tak ingat plak camana boleh sampai kat sini.silent reader say hi.

    ReplyDelete
  2. Salam, kalau nak tukar tarikh interview, nak emel siapa?

    ReplyDelete
  3. Lepas lulus exam spa..temuduga terus ka?..or ada tapisan lain lagi?

    ReplyDelete

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.