September 26, 2012

Temuduga SPA8 :: Pembantu Perubatan U29


Assalammualaikum...

Beberapa minggu lepas kalau aku tak silap, malas nak cek balik date post, aku balik Labuan sebab ada interview. So, interview yang ni laa tu. Latihan Separa Perubatan (Diploma) bagi jawatan Pembantu Perubatan U29. Nama glamournya, M.A ataupun Medical Assistant. Dah ala-ala macam doktor pulak. But, dorang ni kalau nak pakai gelaran doktor tak boleh suka2 tau. Kena ada pengiktirafan gelaran tu baru boleh dipanggil doktor. So, M.A is M.A melainkan dia upgrade lagi. So, ni yang akak tu bagitau laa. 

Sampai je rumah, lepas interview hari ni, aku terus je nak update citer kat blog. Kononnye tak nak laa nanti lupe apa benda nak citer tu. Sementara masih fresh, tak amnesia lagi ni, so kita nak update story baru ni.. Yeahh. Ada benda baru nak share..

September 10, 2012

Temuduga SPA8 :: Pegawai Bomba KB17

Assalammualaikum...

Hai pembaca blog sekalian...

Siapa2 yang ada pengalaman interview ke, ujian fizikal ke, Dan apa2 laa interview under SPA8 tu, jom laa share. Aku nak exchange experience gak. Bukan laa tujuan nak menunjuk, kalau interview berlambak, satu pun x sangkut, buat malu gak kan. Tak laa salah pun nak share pengalaman, at least berguna gak bagi orang lain macam aku, meskipun kadang2 ko rasa macam sembang sendiri. Macam aku rasa jugak laa, masa nak gi interview, terkial2 nak search pasal tu, pasal ni kat Google, Mozilla dan sebagainya. Nak cari pengalaman yang orang lain share pun susah. Kalau kita share sikit, at least dapat bantu orang lain jugak kan. Ada bakat penceramah tak? Bhahahah...

By random, only 10% of Malaysian guna media blog sebagai tempat untuk berkongsi cerita. Mostly lebih guna medium lain macam Facebook yang boleh post instant story and only can be seen by friends. Tapi jarang laa nak citer panjang pasal interview.

Okay, nak dimulakan cerita, baru2 ni aku attend satu interview kat Labuan. Masa ni aku tengah study kat Kota Kinabalu. So, nak tak nak, aku kena ambil cuti laa sebab nak attend interview. Disebabkan aku minat kot nak keja dalam jabatan yang aku nak interview ni, ataupun disebabkan aku memang minat nak masuk keja dalam unit beruniform. So, settle cuti, aku pun arrange masa nak balik ke Labuan sebab pusat temuduga ku pilih kat Labuan. So, boleh dapat cuti. Hehehe.

Ni laa jabatan yang aku nak pegi interview tu. Rasa macam mencabar jugak sebab ada ujian fizikal dulu.

Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia


Di sini laa tempat aku jalani ujian fizikal.
Balai Bomba & Penyelamat Kg.Jawa, W.P Labuan

Balai ni located betul2 kat pusat bandar Labuan, bersebelahan dengan Mahkamah Labuan. Tak susah laa nak cari sebab tempat sendiri kan. Memang area aku selalu lalu pun kalau nak balik rumah.

Sebenarnya, aku tak ready pun nak attend interview ni. Yelaa, tau pun last minute, tak silap ada beberapa hari lagi nak interview. Memang takde buat fitness sangat. Aku just pegi jogging, buat push-up kat umah. Tu je laa. Lain memang takde. Memang ada kelam-kabut sikit laa buat persiapan. Aku buat nota pun sikit je sebab interview bomba pun kena lepas ujian fizikal dulu baru dapat interview lisan.

::Hari Interview::
Masa hari interview tu, aku ada terlewat sikit. Sepatutnya kena sampai 15-30 minit awal dari masa interview. Tapi aku, 8.05 pagi aku sampai. Tu pun sebab jalan ada jammed sikit. Nasib baik pegawai yang ada masa hari ujian fizikal tu ok. Orang tempat sendiri kan. Kalau tak ok, fuhh, memang awal lagi aku kena bom. Sampai je kat balai, pegawai tu terus suruh pegi ke padang kawad. Masa tu mak aku siap temankan lagi. Terharu gak. Mak nak tengok anak dia buat ujian fizikal. Mak tunggu kat cafe masa tu, tengah sembang dengan pegawai bomba kat situ.

Masa tu ada ramai gak laa calon. Ada laa dalam 70+ orang calon yang hadir. Dalam list ramai gak, ada dalam seratus lebih kot. Aku toleh sebelah kiri, aikk? Pempuan 9 orang je? Biar betul.. 

::Masa Interview::
Memulakan mukadimahnya, kami diberi taklimat lebih kurang 15 minit, lepas tu sesi ujian fizikal yang pertama pun bermula. Ujian fizikal ni, kalau tak lepas satu tahap, terus boleh balik je laa. Mungkin dorang nak cari yang betul2 berkualiti kot. Tapi pegawai lelaki tu cakap, alaaa.. kalau pempuan, takde buat ape pun. Dah dapat nanti, sama gak keja dalam ofis. Apapun, semoga berjaya. Wahh.

Ujian 1 : Pemeriksaan BMI
Adik2 tau tak nak cek BMI canne? Kalau tak tahu pun,senang je. Guna je BMI calculator yang ada kat Google. Sekarang ni memang dah senang sangat. Apa2 je, tanya Mr.Google. Pasni leh laa cek sama ada kita ni obesity, overweight, normal atau underweight. Ni ada formula table laa nak kira BMI.


**Ne pun dapat dari Google...^__^**

Stage ni aku lepas gak laa. Nasib baik laa. Tapi berat dulu 55kg, sekarang dah bertambah sekilo. Huuuu.
Sia-sia je aku joging semalam. Hahaha. Masa tahap ni, memang strict sikit kot, sebab ramai yang tak lepas. Ada yang overweight laa, underweight pun tak boleh gak.

Ujian 2 : Visual Acquity
Siapa pernah cek mata? Selalunya pemeriksaan mata ni masa kat sekolah, ataupun masa medical checkup, biase memang kena cek pun. Kalau aku sendiri pun akan sedikit confused antara huruf 'F' tahap ke-5. Nampak macam 'R' pun ada gak. Tapi, kepas gak laa. Aku tak tau laa sama ada board tu always board yang sama ke tak. Masa turn aku tu, pegawai tu siap suruh gi tengok dulu dekat2. Aku pun hafal laa huruf mane yang akan buat aku selalu confused tu. 


Yang ni aku jumpa some visual acquity board variation kat Google..


Ujian 3 : Pemeriksaan Tubuh Badan
Ujian yang ni pula, calon lelaki dan perempuan akan diasingkan. Kalau calon pempuan, pegawai pempuan laa yang cek. Kalau lelaki, pegawai lelaki laa yang cek. Ujian ni untuk pemeriksaan menyeluruh laa fizikal. Time ni laa dia tanya kita pernah buat operation ke tak. Yelaa, dah nama pun nak masuk Jabatan Bomba kan. Dah laa keja bomba ni adventurous sikit. Lasak jugak laa. Nak menyelamat orang. Kena laa selalu fit dan takde masalah fizikal.

Ujian 4 : Berkawad
Dulu masa sekolah, aku duk unit beruniform Kadet Polis. Cita-cita nak jadi polis, tapi bila waktu aktiviti kokurikulum di sekolah tiap hari Rabu, kadang rasa jeles jugak tengok Kadet Bomba, sebab aku rasa baju operasi dorang yang celoreng tu cantik dan nampak gah camtu. Tiap minggu ada aktiviti kawad. Yang latih tiap minggu pun biasanya polis betul ataupun cikgu kawad. So, takde masalah laa bab berkawad ni.

Kawad biasanya nak tengok lutut berlaga ke tak, tangan bengkok ke tak. Yelaa, nak seragam, semua mesti nampak perfect laa sikit. Memang laa tak semua orang perfect kan. Tapi bab kawad, yes. Bila semua nampak seragam, kawad tu jadi cantik laa nanti.


Ujian Kecergasan
Lepas je semua ujian tadi. Mana yang lulus kena sign satu akujanji sebelum nak jalankan ujian kecergasan. Saksi tu antara2 kawan korang time interview tu je laa. Masa stage ni, tak silap aku ada tinggal 6 orang calon je. 3 lelaki dan 3 pempuan. Punye laa~ dalam berpuluh orang pagi tadi, tinggal 6 orang je. Aku memang dah nervous sikit bila nampak besi angkat berat tu. Tak tau laa aku boleh angkat ke tak nanti.

Rupanya, aku tak tau pulak sebelum nak gi ujian kecergasan ni, boleh je datang ke balai buat exercise sikit. Alaa~ Aku dapat tau pun lepas pegawai tu gtau. Dah 3 hari lebih awal dorang prepare benda untuk ujian kecergaasan ni. Sorang calon pun tak datang gi pra-test. Hmm, kalau aku tau, daripada aku gi joging buang lemak, baik aku gi balai je buat pra-test. Tapi aku rasa tengok balai jugak kot. Ada yang mungkin buat, ada yang tak kot.

Ujian ni ada 4 stage:
  1. Memanjat tali.
  2. Memanjat tangga penyelamat
  3. Mengangkat dan menjulang tangga (90 darjah)
  4. Angkat berat
Dan aku failed kat angkat berat. Kesian. Padahal kat umah aku siap training angkat adik2 aku siap baling atas katil lagi. Merajinkan diri jalan kaki temankan mak ke kedai seberang taman perumahan semata2 nak tolong angkat beg plastik yang berisi beras & gula. Bhahaha. Macam tu pun kira training ea? Takpe laa, dah last stage takde rezeki meskipun aku ulang sampai 3 kali angkat, nak tahan 5 saat tu aku x boleh nak buat. *nangis* :( Tak dapat laa aku nak jadi bomba. Kesian. Hahaha.

**Look at the abang-abang Bomba Yang tengah adjust-adjust benda tu...**

Yang tu calon lelaki. Calon lelaki confirm laa semua lepas. Fitness dorang lebih kot. Aku tolong mak angkat beras je. Haha

Yang lepas ujian ni semua, tinggal tunggu panggilan interview laa. Lepas je interview dah boleh gi kursus dah 6 bulan. Yang aku dapat cari, Akademi Bomba ni ada kat Terengganu, dan satu lagi kat Sabah kalau tak silap. Yang kat Sabah tu berdepan dengan University Apartment 2 kat seberang jalan. Sebab masa study aku duk situ. Good luck yang dah lepas semua dan tengah training. You've done a great job! Sekian..

#credited to Google Image

♥kieyuka-hanie♥