May 26, 2012

Travelogue♥ ::Trip to Kundasang & Ranau (Part II)

Hi,
Sambungan dari post yang lepas, yang tak habis2 lagi pasal Kundasang tu, kali ni aku nak sambung cerita lagi. In the same day, kami sambung journey. Otw ke Kundasang, sempat jugak laa singgah di beberapa tempat perhentian I guess. Sebab mana tempat yang ada ramai tourist singgah, tempat tu best kot. Lalalala. Along the way, aku tak habis2 snap gambar pemandangan meskipun bergegar laa, kabur laa. Kononnya tak nak lepaskan masa2 indah tu. Yalaa sangattt. Yang penting, kesempatan untuk bergambar di post2 menarik. Yang itu pasti!

Gambar ne tak jelas bukan disebabkan aku tak tau nak ambik tau. Ne kabur sebab kabus yang tersangat tebal. Ko nampak construction site tu? Ko boleh bayangkan tak macam mana pekerja buruh kat sini buat keja??
*biar aku bayangkan....*

After Pekan Nabalu dan persinggahan tepi jalan tadi. Sekarang sampai laa kat satu tempat yang dah macam kat Jepun aku tengok. Kabus kat tempat ni memang sangat tebal. Tapi yang pasti, nama tempat ni Bundu Tuhan. Apasal kena panggil Bundu Tuhan? Ni aku cari kat Google jugak and berdasarkan citer kawan aku jugak laa. 

Cerita disebalik nama Bundu Tuhan...
  • Tempat ni dinamakan Bundu Tuhan disebabkan oleh sejenis pokok yang dinamakan Bundu yang tumbang (Tuhan) disebabkan oleh tanah runtuh dan aliran air dari atas bukit yang sangat deras.
So, tak payah nak pertikaikan sangat nama tempat ni ye. Kenapa pelik sangat ke apa, habis tu kalau nama tempat tu Teluk Mutiara (aku hentam je, tak tau wujud ke tempat nih), kat sana mesti ada banyak mutiara ke? Mesti laa tak kan? So, nama-nama tempat ni tak yah nak pertikaikan sangat k, sampai ada yang kaitkan dengan mitos dan dongeng. Dari citer kawan aku pulak, Bundu Tuhan ni lebih sejuk kawasannya berbanding Kundasang. Aku sure sangat. Sebab tengok kabus dia pun tebal semacam.

Memang sangat tebal.

Ni laa Taman Kinabalu (front)

Ok, kat Taman Kinabalu ni kitorang tak masuk sebab nak kejar masa, hari pun dah nak tengahari, nak pergi War Memorial lagi, Canopy Walk lagi dan paling penting, Poring Hot Spring! 

Tadaaaa.!!! Ni laa Kundasang. Cantik kan?? 

Mesti nak tau apa benda yang best kat Kundasang ni kan? Continue lagi ke Part 3. Sarat sangat dah blog ni dengan gambar. Walhal aku tak nak pun beratkan blog aku ni dengan gambar. Biar laa. Sekurang-kurangnya dapat jugak bagi korang tengok tempat-tempat menarik ni. *Ayat ni hanya untuk pencinta bumi hijau Ok. Ngee~ Padahal aku ni bukan pencinta sangat pun. Bekas pembalut gula-gula pun campak merata je. Dulu laaa... Lalalalalalala...

Ok, jumpa lagi di Part 3 ^__^

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.